Sediakan iCloud untuk Apple Books pada semua peranti anda

Anda boleh menggunakan iCloud dengan Apple Books pada iPhone, iPad dan Mac anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan pustaka dan seting Apple Books anda sentiasa terkini dengan iCloud.

Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti menyahaktifkan ciri Apple Books, anda tidak akan dapat mengakses kandungan yang disimpan dalam iCloud pada peranti.

Sediakan iCloud untuk Apple Books pada iPhone atau iPad anda

  1. Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.

  2. Pastikan iCloud Drive diaktifkan. Jika tidak, ketik Drive (atau iCloud Drive), kemudian aktifkan Selaraskan [peranti] ini.

  3. Ketik Lihat Semua atau Tunjukkan Semua, kemudian aktifkan Buku.

  4. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu: Pergi ke Seting > App > Buku, kemudian aktifkan Rumah dan iCloud Drive.

    • iOS 17, iPadOS 17, atau terdahulu: Pergi ke Seting > Buku, kemudian aktifkan Membaca Sekarang dan iCloud Drive.

  5. Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Apple Books. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihat buku pada iPhone atau iPad anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Apple Books pada iPhone atau iPad anda, lihat mana-mana yang berikut:

Sediakan iCloud untuk Apple Books pada Mac anda

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.

    Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.

  2. Klik iCloud, klik Drive (atau iCloud Drive), kemudian lakukan salah satu perkara berikut:

    • macOS 13.3 atau lebih baharu: Aktifkan Selaraskan Mac ini. Klik Penyelarasan App kepada iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku.

    • macOS 13 hingga 13.2: Klik Aktifkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih Buku.

  3. Dalam app Buku, pilih Buku > Seting, klik Umum, kemudian pilih Membaca Sekarang dan “Koleksi, penanda buku dan sorotan”.

  4. Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Buku. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihatnya pada Mac anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.