Bekerjasama pada pembentangan Keynote dan pastikan pembentangan tersebut dikemas kini dengan iCloud

Dengan iCloud, pembentangan Keynote anda dikemas kini pada semua peranti dan anda boleh bekerjasama pada pembentangan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.

Akses pembentangan yang sama pada semua peranti anda

Apabila anda menyediakan iCloud untuk Keynote, pembentangan Keynote anda disimpan di awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihat pembentangan pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Keynote, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda. Anda juga boleh mengakses pembentangan anda dalam pelayar web di iCloud.com.

Disebabkan pembentangan anda terletak di awan, perubahan yang anda lakukan pada satu peranti—seperti mengemas kini tajuk, memadamkan slaid atau menambah nota pembentang—kelihatan pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi pembentangan anda yang terkini, tidak kira di mana jua anda mengaksesnya.

Nota: Semua pembentangan Keynote yang anda cipta akan dikira dalam storan iCloud anda.

Pulihkan pembentangan yang dipadamkan

Jika anda memadamkan pembentangan yang disimpan dalam iCloud, ia akan dialihkan ke folder Terbaru Dipadam pada iPhone, iPad dan iCloud.com anda, serta ke folder Sampah pada Mac anda.

Pembentangan yang terbaru dipadamkan boleh dipulihkan selama 30 hari. Jika anda memadamkan pembentangan secara kekal daripada folder Terbaru Dipadam atau mengosongkan Sampah pada Mac, anda tidak boleh memulihkannya.

Berkongsi dan bekerjasama pada pembentangan

Anda boleh berkongsi pembentangan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja yang menggunakan iCloud. Mereka boleh menambahkan pembentangan dikongsi ke iCloud Drive dan melihatnya dalam app Keynote. Anda menentukan sama ada orang yang anda kongsi pembentangan boleh mengedit pembentangan atau melihatnya sahaja. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk menambahkan orang lain. Apabila kolaborator melakukan edit kepada pembentangan, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.

Anda juga boleh berkongsi pembentangan secara awam supaya sesiapa sahaja boleh mengaksesnya, walaupun mereka tidak menggunakan iCloud. Anda menentukan jika sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh mengedit pembentangan atau melihatnya sahaja.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.