Pindahkan alamat domain e‑mel tersuai di iCloud.com

Jika anda berkongsi domain e‑mel tersuai, anda boleh memindahkan alamat antara ahli domain.

Pindahkan alamat aktif

Jika anda memiliki domain e‑mel tersuai, anda boleh memindahkan alamat e‑mel aktif daripada satu ahli domain kepada ahli yang lain.

  1. Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian pilih Domain E-mel Tersuai.

    Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh memilih butang Pelancar App dalam bar alat, kemudian pilih Domain E-mel Tersuai.

  2. Pilih domain.

  3. Pilih butang Pindahkan bersebelahan alamat yang ingin anda pindahkan, kemudian pilih Teruskan.

  4. Pilih orang yang ingin anda pindahkan alamat tersebut, pilih Hantar, kemudian pilih Selesai.

    Pemberitahuan akan dihantar kepada pemilik semasa bagi alamat tersebut dan orang yang anda pilih. Jika kedua-dua orang itu terima, alamat akan dipindahkan. Jika perlu, anda boleh memilih Hantar Semula Permintaan untuk menghantar semula pemberitahuan.

Pindahkan alamat yang dipadamkan

Jika anda ialah ahli domain e‑mel tersuai, anda boleh meminta untuk menggunakan alamat yang dipadamkan oleh ahli domain lain.

  1. Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian pilih Domain E-mel Tersuai.

  2. Pilih domain.

  3. Pilih butang Tambah, kemudian dalam medan yang muncul, taipkan alamat yang dipadamkan.

    Setiap orang boleh mempunyai maksimum tiga alamat e‑mel aktif untuk satu domain.

  4. Pilih “Tambah alamat e-mel”, pilih Hantar, kemudian pilih Selesai.

    Pemberitahuan akan dihantar kepada pemilik alamat. Jika pemilik terima, alamat akan dipindahkan. Jika perlu, anda boleh memilih Hantar Semula Permintaan untuk menghantar semula pemberitahuan.

Batalkan permintaan pemindahan

  1. Pergi ke icloud.com/icloudplus, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian pilih Domain E-mel Tersuai.

  2. Pilih domain.

  3. Di bawah alamat e‑mel, pilih Batal Permintaan, kemudian pilih Teruskan.

    Pemberitahuan dihantar kepada sesiapa yang menerima permintaan.

Jika seseorang menolak permintaan pemindahan, alamat e‑mel akan kekal dengan pemilik asal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.