Gantikan ruang letak templat dalam Numbers pada iPhone

Kebanyakan templat Numbers mengandungi jadual, teks dan imej yang boleh anda gunakan sebagai titik permulaan untuk hamparan anda sendiri. Anda boleh menggunakan atau menyesuaikan ciri-ciri reka bentuk templat—fon, warna, format data sel, saiz dan lokasi imej dan jadual dan seterusnya—dan menggantikan data dengan data anda sendiri.

Gantikan kandungan sel ruang letak

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, ketik sel untuk memilihnya, ketik butang Tunjukkan Papan Kekunci, kemudian masukkan kandungan anda.

    Apabila anda selesai, ketik return, atau ketik di luar teks.

Gantikan teks ruang letak

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, dwiketik teks untuk memilihnya, kemudian taip teks anda sendiri.

    Apabila anda selesai, ketik Selesai, atau ketik di luar teks.

Gantikan imej ruang letak

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan dengan ruang letak imej.

  3. Ketik butang Gantikan Imej di penjuru kanan bawah imej ruang letak, kemudian layari imej.

    Jika anda telah menggantikan imej ruang letak, tetapi anda mahu menukarnya, ketik imej untuk memilihnya, ketik butang Format, ketik Imej, kemudian ketik Gantikan dan layari imej gantian.

  4. Ketik imej yang anda mahukan.

    Jika anda tidak melihat imej yang anda mahukan, muat naik ke peranti anda dan cuba sekali lagi.

Untuk menukar bahagian imej yang kelihatan, saiz semula topeng untuk imej.

Untuk mengeluarkan ruang letak sepenuhnya, pilihnya, kemudian ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.