Buka hamparan dalam Numbers pada iPhone

Anda boleh membuka hamparan Numbers yang disimpan dalam iPhone, dalam iCloud Drive, pada pelayan bersambung, dalam penyedia storan pihak ketiga dan pada peranti storan luaran yang bersambung ke iPhone. Anda juga boleh mengimport hamparan Microsoft Excel (fail dengan sambungan nama fail .xls atau .xlsx), fail teks dipisahkan, atau fail teks lebar tetap ke dalam Numbers dan membuat perubahan padanya. Lihat Import fail Excel atau teks.

Nota: Apabila anda membuka hamparan yang disimpan dalam iCloud Drive, ia dimuat turun secara automatik ke peranti anda.

Buka hamparan sedia ada dalam Numbers

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan. Jika hamparan sudah dibuka, ketik butang Balik di penjuru kiri atas untuk melihat semua hamparan anda.

  3. Ketik imej kecil untuk membuka hamparan.

    Jika anda tidak melihat hamparan yang anda mahu buka, cuba mencarinya, atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari hamparan.

    Paparan layari di pengurus dokumen dengan pautan lokasi di penjuru kiri atas dan di bawahnya ialah medan Carian. Di penjuru kanan atas ialah butang Tambah Hamparan dan butang Lagi. Di bahagian bawah skrin ialah butang Terbaru dan butang Layari.
  4. Untuk membuat perubahan pada hamparan, anda mungkin perlu mengetik Edit di bahagian atas skrin.

    Hamparan yang anda terima daripada seseorang mungkin dibuka dalam paparan bacaan. Dalam paparan bacaan, anda boleh melihat kandungan dan melaksanakan tugas asas dalam hamparan, tetapi untuk membuat sebarang perubahan, anda mesti bertukar ke paparan pengeditan. Jika anda tidak melihat Edit di bahagian atas skrin, hamparan sudah berada dalam paparan pengeditan. Lihat Elakkan pengeditan secara tidak sengaja.

Apabila anda membuka hamparan menggunakan fon yang anda tiada, pemberitahuan fon tiada kelihatan sebentar di bahagian atas helaian. Jika anda mahu menggantikan fon yang tiada, ketik pemberitahuan, ketik Selesaikan Amaran Fon, kemudian ketik Selesaikan. Jika pemberitahuan tidak lagi kelihatan, ketik butang Lagi, ketik Tunjukkan Amaran Dokumen, ketik Selesaikan Amaran Fon, kemudian ketik Selesaikan.

Untuk memasang fon baharu atau tiada pada iPhone, anda boleh memuat turunnya daripada App Store. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan arahan.

Sesetengah templat tidak dimuat turun ke komputer anda sehingga anda memilihnya atau membuka hamparan yang menggunakan templat. Jika sambungan anda perlahan atau anda di luar talian semasa perkara ini berlaku, imej dalam hamparan mungkin kelihatan pada resolusi yang lebih rendah sehingga anda berada dalam talian semula atau templat selesai memuat turun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.