Tambah carta lajur, bar, garis, kawasan, pai, donat dan radar dalam Numbers pada iPhone

Untuk mencipta apa-apa jenis carta, anda boleh menambah carta ke helaian, kemudian pilih sel jadual dengan data yang anda mahu gunakan. Atau, anda boleh memilih data dahulu, kemudian mencipta carta yang memaparkan data. Tidak kira cara yang anda gunakan, apabila anda menukar data dalam jadual, carta dikemas kini secara automatik.

Anda boleh mengimport hamparan dengan carta daripada Microsoft Excel atau Numbers untuk Mac. Hamparan yang diimport mungkin berbeza daripada yang asal. Contohnya, jika hamparan yang diimport mempunyai carta dengan garis aliran atau bar ralat, anda tidak akan dapat mengeditnya atau menambah yang baharu.

Petua: Anda boleh mengetahui tentang jenis carta berlainan dalam templat Asas Carta. Dengan pengurus dokumen dalam paparan layar, ketik Pilih Templat, ketik Asas, kemudian ketik Asas Membuat Carta. Ketik tab berhampiran bahagian atas templat (Carta Lajur dan Bar, Carta Interaktif dan seterusnya) untuk melihat helaian berlainan—setiap helaian menerangkan jenis carta yang berlainan.

Cipta carta lajur, bar, garis, kawasan, pai, donat, atau radar

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, ketik butang Hab Kandungan dalam bar alat, kemudian ketik butang Jadual dan Carta.

  3. Ketik Carta 2D, Carta 3D, atau Interaktif untuk melihat jenis carta yang anda boleh tambah, kemudian leret kiri atau kanan untuk melihat lebih banyak pilihan untuk setiap jenis carta.

    Menu carta menunjukkan carta 2D.

    Nota: Carta bar bertindan, lajur dan kawasan menunjukkan dua atau lebih siri data yang ditindan bersama.

  4. Ketik carta untuk menambahnya pada helaian, kemudian seretnya ke tempat anda ingin letaknya.

  5. Pilih Ketik untuk Tambah Data, kemudian pilih sel jadual dengan data yang anda mahu gunakan.

    Anda boleh memilih sel dalam satu atau lebih jadual, termasuk jadual pada helaian berlainan. Semasa anda mengedit rujukan data carta, ikon kelihatan pada tab untuk sebarang helaian yang mengandungi data yang digunakan dalam carta.

  6. Untuk menukar sama ada baris atau lajur diplotkan sebagai siri data, ketik carta, ketik butang Maju, ketik Edit Rujukan, ketik butang Konfigurasi dalam bar sisi, ketik pilihan, kemudian ketik butang Selesai.

    Jika anda menambah carta 3D, anda melihat Kawalan putaran di pusatnya. Seret kawalan ini untuk melaraskan orientasi carta.

Anda boleh menukar data yang digambarkan dalam carta pada bila-bila masa. Untuk mengetahui caranya, lihat Ubah suai data carta.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.