Jadikan aksara superskrip atau subskrip dalam Numbers pada iPhone

Anda boleh menaikkan atau menurunkan teks berhubungan dengan teks bersebelahannya dengan menjadikannya superskrip atau subskrip. Anda juga boleh menukar seting untuk menjadikan akhiran nombor (seperti st dan nd) superskrip secara automatik.

Tukar garis asas aksara

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, kemudian pilih teks yang anda mahu tukar, kemudian ketik butang Format.

  3. Ketik butang Lebih Banyak Pilihan Teks dalam bahagian Fon di kawalan.

    Jika anda tidak nampak kawalan teks, ketik Teks atau Sel.

  4. Ketik pilihan garis asas.

Jadikan akhiran nombor superskrip semasa anda menaip

Anda boleh mengeset Numbers untuk menjadikan akhiran nombor superskrip semasa anda menaip.

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, kemudian ketik Seting.

  3. Ketik Pembetulan Auto.

  4. Aktifkan Akhiran Nombor, kemudian ketik Selesai di bahagian atas skrin.

Apabila seting ini aktif, jika anda tidak mahu akhiran menjadi superskrip, anda boleh menukar garis asas untuk teks tersebut secara manual (lihat tugas di atas).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.