Gunakan helaian dalam Numbers pada iPhone

Anda boleh menambah berbilang helaian (atau tab) pada hamparan untuk membantu anda menguruskan jadual, carta anda dan maklumat lain dengan lebih baik. Contohnya, anda boleh mengasingkan perancangan parti anda kepada helaian untuk belanjawan, carta tempat duduk, maklumat vendor dan senarai tugas. Anda juga boleh menambah warna ke tab untuk membezakan antara helaian secara visual, atau menyembunyikan helaian yang anda belum perlukan.

Bar tab untuk menambah helaian baharu, menavigasi, menertibkan semula dan menyusun semula helaian.

Atur helaian

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Namakan semula helaian: Dwiketik nama helaian supaya titik sisipan kelihatan, kemudian taipkan nama baharu.

    • Duplikasikan helaian: Ketik tab yang sedang anda lihat, kemudian ketik Duplikasi.

    • Susun semula helaian: Seret tab ke kiri atau kanan untuk menyusunkan semula helaian.

    • Tambah warna pada tab: Ketik kawasan kosong pada helaian, ketik butang Format dalam bar alat, ketik Warna Tab, kemudian pilih warna.

    • Sembunyikan helaian: Ketik tab yang sedang anda lihat, kemudian ketik Sembuyikan.

    • Tunjukkan helaian tersembunyi: Ketik tab yang sedang anda lihat, ketik Nyahsembuyikan, kemudian pilih Nyahsembunyikan Semua Helaian atau helaian yang anda mahu tunjukkan.

    • Padamkan helaian: Ketik tab yang sedang anda lihat, kemudian ketik Padam.

Nota: Apabila anda berkongsi hamparan yang mengandungi helaian tersembunyi, orang yang anda berkongsi hamparan masih boleh mengakses helaian tersebut.

Jika hamparan anda termasuk teks dwiarah (teks ditulis dalam kedua-dua bahasa kiri ke kanan dan kanan ke kiri), anda juga boleh membalikkan arah helaian anda. Lihat Formatkan jadual untuk teks dwiarah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.