Tambah jidar dan garisan (garis) untuk memisahkan teks dalam Numbers pada iPhone

Anda boleh menambahkan garisan (garis) padu, bersempang atau bertitik di atas atau di bawah perenggan dalam kotak teks atau bentuk.

Nota: Jika teks berada dalam sel jadual, anda boleh menambahkan jidar di sekeliling sel. Lihat Tukar garis kasar dan garis grid jadual.

Perenggan dengan jidar garis bertitik.
  1. Pergi ke app Numbers pada iPhone anda.

  2. Buka hamparan, kemudian pilih teks yang anda mahu tambahkan jidar atau garisan.

  3. Ketik butang Format dalam bar alat, ketik Teks berdekatan bahagian atas menu, ketik Jidar & Latar Belakang Perenggan, kemudian aktifkan Jidar.

    Garisan kelihatan di atas setiap perenggan yang anda pilih.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    Kawalan untuk menukar gaya garis, ketebalan, kedudukan dan warna.
    • Tambah satu atau lebih garis: Ketik satu atau lebih butang kedudukan di bawah suis Perenggan.

    • Pilih gaya garisan berbeza: Ketik Gaya, kemudian buat pilihan.

    • Pilih warna yang sesuai dengan templat anda: Ketik Warna, ketik Praset, leret kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna.

    • Pilih sebarang warna: Ketik Warna, ketik Warna, kemudian pilih warna.

    • Pilih warna daripada tempat lain pada hamparan: Ketik Warna, ketik Warna, ketik butang Penitis, kemudian ketik sebarang warna pada hamparan.

      Untuk mempratonton warna, sentuh dan tahan warna pada hamparan, kemudian seret merentas warna lain dalam hamparan. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.

    • Tukar ketebalan garisan: Ketik + atau – bersebelahan Lebar.

    • Tukar amaun jarak antara garisan atau jidar dengan teks: Ketik + atau – bersebelahan Ofset Jidar.

Untuk mengeluarkan jidar atau garisan, pilih teks dengan jidar atau garisan, ketik butang Format, ketik Jidar & Latar Belakang Perenggan, kemudian nyahaktifkan Jidar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.