Sesuaikan latihan pada Apple Watch

Anda boleh menyesuaikan latihan pada Apple Watch anda untuk menyokong matlamat kecergasan anda. Ubah suai matlamat masa, kalori dan jarak; tambah masa panas badan dan sejuk badan; serta tambah selang kerja dan pemulihan.

Tukar matlamat latihan pada Apple Watch anda

Dalam watchOS 9, anda boleh mengubah suai latihan sedia ada dan hanya mencipta latihan yang anda mahu.

App Latihan menunjukkan skrin untuk mengedit latihan Berbasikal Luar. Jubin Masa berada di bahagian tengah dengan butang Edit berada di jubin kanan atas. Masa semasa disetkan ke 45 minit.
  1. Buka app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Cipta Latihan.

  4. Ketik matlamat seperti Kalori, Jarak atau Masa; pilih nilai; kemudian ketik Selesai.

  5. Ketik matlamat yang diedit untuk memulakan latihan.

    Anda juga boleh mengetik < untuk menyimpan latihan yang diedit, kemudian ketik latihan apabila anda sedia untuk bermula.

Untuk mengeluarkan matlamat yang diedit daripada latihan, skrol ke latihan, ketik butang Lagi, ketik butang Edit bersebelahan matlamat yang diedit, skrol ke bawah, ketik Padam Latihan, kemudian ketik Padam.

Tambah selang panas badan, kerja, pemulihan dan sejuk badan

Anda boleh menyesuaikan latihan anda dengan menyertakan tempoh panas badan, selang kerja dan pemulihan berulang dan masa untuk menyejukkan badan.

  1. Buka app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.

  3. Ketik butang Lagi, skrol ke bawah, kemudian ketik Cipta Latihan.

  4. Ketik Tersuai, yang anda boleh lakukan yang berikut:

    • Tambah tempoh panas badan: Ketik Panas Badan, kemudian ketik Masa, Jarak atau Buka. Anda juga boleh menambah isyarat kadar jantung ke tempoh panas badan.

    • Tambah selang kerja dan pemulihan: Ketik Tambah, Ketik Kerja atau Pemulihan, kemudian pilih Masa, Jarak atau Buka.

      Anda boleh menambah berbilang selang kerja dan pemulihan.

    • Tambah tempoh sejuk badan: Ketik Sejuk Badan, kemudian ketik Masa, Jarak atau Buka. Apabila anda memilih Buka, anda juga boleh menambah isyarat kadar jantung.

    • Namakan latihan: Ketik Tanpa Tajuk di bawah Tajuk Tersuai, kemudian masukkan nama.

    Nota: Jika anda melakukan latihan pegun—contohnya, Elips atau Pilates—Jarak tiada dalam pilihan.

  5. Ketik Cipta Latihan.

    Butang Cipta Latihan hanya aktif jika anda telah menambah selang kerja atau pemulihan.

Untuk mengeluarkan tempoh panas badan atau sejuk badan, ketik butang Lagi bersebelahan latihan, ketik butang Edit dalam jubin Tersuai, ketik Panas Badan atau Sejuk Badan, kemudian ketik Langkau. Untuk mengeluarkan selang kerja atau pemulihan, ketiknya, kemudian ketik Pada Selang.

Latihan tersuai tersedia dalam semua jenis latihan kecuali Berbilang Sukan, Renang Kolam dan Renang Sejadi.

Tambah isyarat untuk latihan

Anda boleh menerima pelbagai isyarat semasa latihan. Sebagai contoh, untuk latihan Larian Luar, anda boleh menerima isyarat apabila kadar jantung anda jatuh 133 – 141 denyutan seminit.

Untuk menyediakan isyarat, ikuti langkah ini:

  1. Buka app Latihan pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.

  3. Ketik butang Lagi, ketik butang edit jubin, kemudian ketik Isyarat.

  4. Ketik isyarat yang anda mahu terima, kemudian konfigurasi isyarat.

Isyarat yang anda tambah akan digunakan setiap kali anda melakukan latihan tersebut.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.