Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari tempat dan teroka dengan Apple Watch

Apple Watch anda mempunyai app Peta untuk meneroka persekitaran anda dan mendapatkan arah.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:

  • "Di manakah saya berada?"

  • "Cari kedai minum berhampiran saya."

AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch.

Cari peta

  1. Buka app Peta pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Cari, kemudian ketik butang Rencana untuk merencanakan atau butang Coretan untuk mencoret. Pada Apple Watch Series 7 dan Apple Watch Series 8, anda juga boleh menggunakan papan kekunci QWERTY dan QuickPath (tidak tersedia dalam semua bahasa).

    Untuk menggunakan Coretan pada Apple Watch Series 7 dan Apple Watch Series 8, leret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian ketik Coretan.

    Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.

Cari perkhidmatan berdekatan

  1. Buka app Peta pada Apple Watch anda.

  2. Ketik butang Senarai, kemudian ketik kategori seperti Restoran atau Parkir.

  3. Ketik satu hasil, kemudian putar Digital Crown untuk skrol maklumat.

  4. Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai hasil.

Nota: Cadangan berdekatan tidak tersedia untuk semua kawasan.

Skrin Carian app Peta menunjukkan medan Carian berdekatan bahagian atas. Di bawah Berdekatan ialah butang untuk vaksin COVID-19, restoran dan makanan segera.

Lihat panduan

  1. Buka app Peta pada iPhone anda, ketik medan carian, leret ke atas, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Ketik kulit yang kelihatan di bawah Panduan Bandar atau Panduan yang Kami Gemari.

    • Ketik Teroka Panduan, layari panduan, kemudian ketik kulit.

    • Ketik entri di bawah Layari mengikut Penerbit, kemudian ketik kulit.

  2. Leret ke atas, kemudian ketik butang Tambah bersebelahan nama lokasi—contohnya, nama taman atau restoran.

  3. Pilih panduan yang anda mahu tambahkan lokasi atau ketik Panduan Baharu.

  4. Buka app Peta pada Apple Watch anda, skrol ke bawah, kemudian ketik panduan yang anda tambahkan lokasi.

Nota: Panduan tidak tersedia di semua rantau.

Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan dan menyimpan panduan dalam Peta.

Lihat dan cari lokasi dan persekitaran semasa anda

  1. Buka app Peta pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Lokasi.

  3. Untuk mencari di sekitar lokasi anda, ketik butang Lagi, kemudian ketik Cari Di Sini.

    Ketik Peta Transit untuk melihat pilihan transit berhampiran.

    Nota: Peta Transit tidak tersedia di semua rantau.

    App Peta menunjukkan peta. Lokasi anda ditunjukkan sebagai titik biru pada peta.

Pada Apple Watch SE dan Apple Watch Series 5 dan lebih baharu, kon biru pada peta menunjukkan arah jam anda menghadap.

Sorot dan zum

  • Sorot peta: Seret dengan satu jari.

  • Zum masuk atau keluar peta: Putar Digital Crown.

    Anda juga boleh dwiketik peta untuk zum masuk pada kawasan anda ketik.

  • Kembali ke lokasi semasa anda: Ketik butang Lokasi di bahagian kanan bawah.

Dapatkan info tentang tanda tempat atau lokasi ditandakan

  1. Ketik penanda lokasi pada peta.

  2. Putarkan Digital Crown untuk skrol maklumat.

  3. Ketik < di bahagian kiri atas untuk kembali ke peta.

Petua: Untuk memanggil lokasi, ketik nombor telefon dalam info lokasi. Untuk menukar ke iPhone anda, buka Penukar App. (Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada pinggir bawah dan jeda; pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama.) Ketik butang di bahagian bawah skrin untuk membuka Telefon.

Jatuhkan, alihkan dan keluarkan pin peta

  • Jatuhkan pin: Sentuh dan tahan peta di mana anda mahu pin, tunggu untuk pin dijatuhkan, kemudian lepaskan.

    Untuk menjatuhkan pin pada lokasi semasa anda, ketik titik biru, kemudian ketik Tandakan Lokasi Saya.

  • Alihkan pin: Sentuh dan tahan pin, kemudian seretnya, atau jatuhkan pin baharu dalam lokasi baharu.

  • Keluarkan pin: Ketiknya untuk melihat maklumat alamat, putar Digital Crown untuk skrol, kemudian ketik Keluarkan Penanda.

    App Peta menunjukkan peta dengan pin merah diletakkan atasnya, yang boleh digunakan untuk mendapatkan alamat anggaran sesuatu tempat pada peta, atau sebagai destinasi untuk arah.

Petua: Untuk mencari alamat anggaran sebarang lokasi pada peta, jatuhkan pin pada lokasi, kemudian ketik pin untuk melihat info alamat.

Lihat rakaman terbaharu

  1. Buka app Peta pada Apple Watch anda.

  2. Skrol ke bawah, kemudian ketik lokasi yang disenaraikan di bawah Terbaharu.

Terbaharu juga mungkin menyertakan panduan anda lihat baru-baru ini pada iPhone anda.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.