Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Fokus pada Apple Watch

Fokus pada membantu anda apabila anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti. Fokus boleh mengurangkan gangguan—membenarkan hanya pemberitahuan yang anda mahu terima (pemberitahuan yang sepadan dengan fokus anda)—dan memaklumkan orang lain dan app bahawa anda sibuk.

Anda boleh memilih daripada pilihan Fokus yang disediakan—Peribadi, Tidur dan Bekerja. Atau anda boleh mencipta Fokus tersuai pada iPhone anda, memilih orang yang dibenarkan untuk menghubungi anda, app yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda dan sama ada anda menerima pemberitahuan sensitif masa.

Nota: Untuk membuatkan seting Fokus anda dikongsi merentas semua peranti yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama, buka Seting pada iPhone anda, ketik Fokus, kemudian aktifkan Kongsi Merentas Peranti.

Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus

Senarai Fokus menunjukkan Jangan Ganggu, Peribadi, Bekerja dan Tidur. Fokus Bekerja aktif.
  1. Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.

  2. Sentuh dan tahan butang Fokus semasa, kemudian ketik Fokus.

    Jika tiada Fokus yang aktif, Pusat Kawalan menunjukkan butang Jangan Ganggu .

  3. Pilih pilihan Fokus—Aktif, Aktif untuk 1 jam, Aktif sehingga malam bertolak.

Untuk menyahaktifkan Fokus, hanya ketik butangnya dalam Pusat Kawalan.

Apabila Fokus aktif, ikonnya kelihatan di bahagian atas muka jam, di sebelah masa dalam app dan dalam Pusat Kawalan.

Cipta Fokus anda sendiri

  1. Pada iPhone anda, pergi ke Seting  > Fokus.

  2. Ketik butang Tambah, pilih Fokus, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Jika anda mencipta fokus tersuai, anda bleh memilih warna dan ikon untuk mewakili fokus serta memasukkan nama untuknya.

Pilih muka jam Fokus

Anda boleh memilih muka jam yang berbeza untuk dipaparkan apabila setiap Fokus aktif. Sebagai contoh, apabila Fokus Kerja aktif, Apple Watch anda boleh memaparkan muka jam Ringkas.

  1. Pada iPhone anda, pergi ke Seting  > Fokus.

  2. Ketik Sediakan bersebelahan Fokus atau cipta Fokus baharu, ketik Sesuaikan Fokus, kemudian ketik Pilih di bawah imej Apple Watch.

  3. Pilih muka jam, kemudian ketik Selesai.

Cipta jadual Fokus

Pada Apple Watch, anda boleh menjadualkan masa setiap Fokus muncul—anda juga boleh memilih untuk membuatkan Fokus bermula pada waktu berlainan dalam hari. Contohnya, anda boleh menjadualkan Fokus Bekerja untuk dimulakan pada 9 PG dan tamat pada tengah hari, Isnin hingga Jumaat. Dari tengah hari hingga 1 PTG anda mungkin tiada Fokus atau membuatkan Fokus Peribadi mengambil alih. Kemudian mulakan Fokus Bekerja lagi dari 1 PTG hingga 5 PTG, Isnin hingga Khamis.

  1. Buka app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Fokus, ketik Fokus—contohnya Bekerja—kemudian ketik “Tambah baharu”.

  3. Ketik medan Dari dan Hingga dan masukkan masa yang anda mahu Fokus bermula dan tamat.

  4. Skrol ke bawah, kemudian pilih hari Fokus akan aktif.

  5. Ketik < di bahagian kiri atas untuk menyimpan Fokus.

  6. Ulang proses ini untuk menambah peristiwa lain pada Fokus.

Skrin Fokus Bekerja menunjukkan jadual dari 9 PG hingga 5 PTG pada hari kerja. Butang Tambah baharu di bawah.

Nyahdayakan atau padam jadual Fokus

Untuk menyahdayakan atau memadamkan jadual Fokus, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Nyahdayakan jadual Fokus: Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus. Ketik jadual, skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan Didayakan.

    Aktifkan Didayakan apabila anda mahu jadual aktif semula.

  • Padam jadual Fokus: Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus. Ketik jadual, skrol ke bawah, kemudian ketik Padam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Fokus, lihat Panduan Pengguna iPhone.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.