Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan dan lihat ID Perubatan anda pada Apple Watch

Skrin ID Perubatan pada Apple Watch menunjukkan nama, umur dan jenis darah pengguna. Tanda semak berada di bawah nama, menunjukkan bahawa ID Perubatan dikongsi pada skrin kunci. Butang Selesai berada di bahagian kiri atas.

ID Perubatan memberikan maklumat tentang anda yang mungkin penting ketika kecemasan, seperti alahan dan keadaan perubatan. Apabila anda menyediakan ID Perubatan anda dalam app Kesihatan pada iPhone anda, maklumat tersebut juga tersedia pada Apple Watch anda. Jika anda berkongsi ID Perubatan anda, Apple Watch anda boleh menghantar maklumat perubatan anda kepada perkhidmatan kecemasan apabila anda membuat panggilan atau menghantar teks ke 911 atau menggunakan SOS Kecemasan (A.S. dan Kanada sahaja).

Apple Watch anda boleh memaparkan ID Perubatan anda supaya ia tersedia untuk orang yang mengendalikan anda dalam kecemasan.

Untuk mengetahui cara untuk menyediakan ID Perubatan anda pada iPhone, lihat Sediakan dan lihat ID Perubatan anda dalam Panduan Pengguna iPhone.

Untuk melihat ID Perubatan anda pada Apple Watch anda, ikuti langkah ini:

  1. Tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar kelihatan.

  2. Leret gelangsar ID Perubatan ke kanan.

  3. Ketik Selesai apabila anda selesai.

Anda juga boleh membuka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian pergi ke SOS > ID Perubatan.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.