Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan muzik pada Apple Watch terurus

Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga yang mempunyai langganan keluarga Apple Music, anda boleh mendengar Apple Music pada Apple Watch terurus anda selagi anda mempunyai sambungan Wi-Fi atau selular.

  1. Buka app Muzik pada Apple Watch terurus anda, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Ketik Dengar untuk melihat muzik yang dipilih untuk anda berdasarkan tabiat mendengar anda.

    • Ketik Radio untuk mendengar Radio Apple Music dan stesen genre.

    • Ketik Pustaka untuk melayari muzik yang disimpan pada Apple Watch.

    • Ketik Cari, kemudian taip (Apple Watch Series 7 dan Apple Watch Series 8 sahaja), rencanakan atau coret artis, album atau senarai main.

      Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.

    • Ketik senarai main yang dicipta untuk kanak-kanak dan remaja oleh editor Apple Music.

    • Ketik album atau senarai main yang telah anda tambah ke Apple Watch.

  2. Gunakan kawalan muzik dalam app Muzik dan app Kini Dimainkan untuk memainkan dan memilih muzik.

Untuk mengetahui cara menambah atau mengeluarkan muzik pada Apple Watch anda, lihat Tambah muzik pada Apple Watch dan Keluarkan muzik daripada Apple Watch.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.