Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah podcast pada Apple Watch

Apabila anda menambah podcast ke Apple Watch, anda boleh mendengarnya di mana-mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone bersama anda. Anda boleh menambah episod podcast ke Apple Watch anda menggunakan app Apple Watch pada iPhone anda, atau tambah episod terus pada Apple Watch anda.

App Podcast pada Apple Watch menunjukkan karya seni podcast. Ketik karya seni untuk memainkan episod.

Tambah podcast menggunakan iPhone anda

Apabila anda mengikuti rancangan dan mencipta stesen dalam app Podcast pada iPhone anda, episod terbaharu rancangan tersebut tersedia untuk dimuat turun ke Apple Watch anda apabila ia disambungkan ke sumber kuasa. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengikuti podcast dan mencipta stesen.

  1. Buka app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, ketik Podcast, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambah episod daripada stesen: Di bawah Tambah Episod Daripada, ketik Seterusnya, Disimpan, atau stesen, kemudian pilih bilangan episod untuk dimuat turun ke Apple Watch anda.

    • Tambah episod daripada podcast yang anda ikuti: Di bawah Rancangan, ketik Tambah Rancangan, ketik butang Tambah di sebelah rancangan yang anda mahu tambah, kemudian ketik Selesai.

      Secara lalai, tiga episod daripada setiap rancangan ditambah ke Apple Watch anda apabila ia disambungkan ke sumber kuasa. Untuk menukar bilangan episod, ketik rancangan, kemudian pilih bilangan episod yang anda mahu tambah.

Ikut dan nyahikut podcast menggunakan Apple Watch anda

Anda boleh mengikuti podcast terus daripada Apple Watch anda.

  1. Buka app Podcast pada Apple Watch anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik Dengar, ketik Anda Mungkin Suka, ketik rancangan, kemudian ketik Ikuti.

    • Ketik Cari, masukkan nama podcast, ketik rancangan, kemudian ketik Ikuti.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian pilih bilangan episod untuk dimuat turun apabila Apple Watch anda disambungkan ke sumber kuasa.

Untuk menyahikut rancangan, ketik Pustaka, ketik rancangan, ketik butang Muat Turun, kemudian ketik Nyahikut Rancangan.

Lihat podcast yang dimuat turun

  1. Buka app Podcast pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Pustaka, kemudian ketik Dimuat Turun.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.