Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Di mana fail yang saya pindahkan daripada PC saya pada Mac saya?

Selepas anda memindahkan maklumat anda daripada PC ke Mac dan log masuk ke akaun pengguna anda pada Mac, anda boleh menemui maklumat anda di lokasi berikut.

Item

Lokasi

Gambar desktop tersuai

Setkan sebagai gambar desktop pada Mac anda.

Untuk menukar gambar, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

Buka seting Hias Latar untuk saya

E-mel

Dalam app Mail .

Buka Mail untuk saya

Kenalan

Dalam app Kenalan .

Buka Kenalan untuk saya

Kalendar

Dalam app Kalendar .

Buka Kalendar untuk saya

Penanda buku pelayar web,kegemaran dan skrin utama

Setkan dalam app Safari .

Buka Safari untuk saya

Muzik daripada iTunes

Dalam app Muzik .

Buka Muzik untuk saya

Podcast daripada iTunes

Dalam app Podcast .

Buka Podcast untuk saya

Buku audio daripada iTunes

Dalam app Buku .

Buka Buku untuk saya

Fail dari folder dokumen, video, muzik dan gambar utama anda

Dalam folder Dokumen, Filem, Muzik dan Gambar dalam folder utama anda dalam Finder.

Dalam Finder , pilih Pergi > Utama.

Fail di luar folder Pengguna

Dalam Finder, dalam folder /Pengguna/Dikongsi.

Fail daripada desktop

Dipindahkan ke desktop Mac anda.

Petua: Untuk menukar seting bagi akaun pengguna yang dipindahkan, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

Buka seting Pengguna & Kumpulan untuk saya

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.