Gunakan Apple Intelligence dalam Telefon pada Mac

Anda boleh menggunakan Apple Intelligence* untuk menjana ringkasan panggilan audio telefon dan FaceTime yang anda buat pada Mac anda. Jika anda merakam panggilan telefon pada iPhone, anda juga boleh melihat ringkasan tersebut dalam Nota pada Mac anda. Anda juga boleh menyalin dan berkongsi ringkasan.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model Mac atau dalam semua bahasa atau rantau. ** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini macOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Lihat ringkasan panggilan audio telefon atau FaceTime

Selepas anda merakam panggilan dalam app Telefon atau merakam panggilan audio FaceTime, anda boleh melihat ringkasan rakaman.

Nota: Rakaman panggilan tidak tersedia di semua negara dan rantau. Semak tapak web Ketersediaan Ciri macOS untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

    Buka Nota untuk saya

  2. Klik Rakaman Panggilan dalam bar sisi Nota, kemudian buka rakaman yang anda mahu ringkaskan.

  3. Dwiklik rakaman, kemudian klik Ringkasan.

Untuk menyalin atau berkongsi ringkasan, klik butang Lagi dalam dialog ringkasan, kemudian pilih Salin Ringkasan atau Kongsi Ringkasan.

Lihat ringkasan mel suara

  1. Pergi ke app Telefon pada Mac anda.

    Buka Telefon untuk saya

  2. Klik butang menu Penapis, kemudian pilih Mel Suara.

  3. Lihat di bawah senarai Mel Suara untuk melihat ringkasan mel suara.

Untuk menyahaktifkan ringkasan mel suara, nyahaktifkan Ringkaskan Pemberitahuan untuk FaceTime dan Telefon. Lihat Sesuaikan ringkasan pemberitahuan.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak ketepatan maklumat penting.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.