Mainkan muzik dan podcast dengan Siri pada Mac

Gunakan Siri untuk memainkan muzik dan podcast serta mengawal main balik pada Mac anda.

Gunakan Siri dengan Apple Music

Jika anda mempunyai langganan Apple Music individu, keluarga atau pelajar, anda boleh meminta Siri untuk memainkan apa-apa daripada katalog Apple Music, mencari lagu mengikut lirik, menambah muzik ke pustaka anda dan banyak lagi.

Siri: Pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk permintaan yang anda boleh lakukan:

Mainkan lagu, album, artis atau senarai main khusus

  • “Mainkan Everything Is Peaceful Love oleh Bon Iver”

  • “Mainkan senarai main, Kegemaran Olivia”

  • “Mainkan lagu oleh Ariana Grande”

Mainkan lagu teratas daripada dekad atau genre

  • “Mainkan muzik alternatif 90-an”

  • “Mainkan lagu hip-hop popular”

  • “Mainkan muzik 80-an”

Mainkan muzik yang sesuai dengan perasaan anda

  • “Mainkan muzik merdu”

  • “Mainkan sesuatu yang gembira”

  • “Mainkan muzik untuk hari hujan”

Mainkan muzik untuk aktiviti

  • “Mainkan muzik untuk belajar”

  • “Mainkan muzik latihan”

Beritahu Siri perkara yang anda suka dan tidak suka

  • “Saya suka lagu ini”

  • “Saya tidak suka lagu ini”

  • “Mainkan lebih banyak muzik seperti ini”

Mainkan muzik yang dipilih hanya untuk anda

  • “Mainkan senarai main 25 Paling Popular”

  • “Mainkan campuran kegemaran saya”

  • “Mainkan stesen peribadi saya”

Ketahui perkara yang dimainkan

  • “Apakah lagu ini?”

  • “Siapa yang menyanyikan lagu ini?”

  • “Lagu ini dalam album apa?”

Dengar radio langsung dan atas permintaan

  • “Mainkan Radio R&B Now”

  • “Mainkan Apple Music 1”

  • “Mainkan Radio Rap Life”

Kawal perkara yang dimainkan

  • “Jedakan muzik”

  • “Teruskan muzik”

  • “Langkau lagu ini”

  • “Tingkatkan kelantangan”

  • “Rombak muzik”

Gunakan Siri dengan Apple Podcasts

Dengar podcast kegemaran anda, ikuti rancangan dan kawal main balik—semua dengan Siri.

Siri: Pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk permintaan yang anda boleh lakukan:

Main dan ikuti podcast

  • “Mainkan episod seterusnya”

  • “Mainkan episod terbaharu The Rest is History”

Kawal main balik

  • “Langkau ke depan tiga minit”

  • “Undur 30 saat”

  • “Teruskan memainkan podcast”

Apabila anda menyediakan speaker serasi AirPlay anda dalam app Rumah, anda juga boleh menggunakan Siri untuk memainkan audio menerusi rumah anda. Lihat Gunakan Siri untuk mengawal audio dalam rumah anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.