Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan satu papan kekunci dan tetikus untuk mengawal Mac serta iPad

Anda boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus (atau trackpad) Mac anda untuk mengawal sehingga dua Mac atau peranti iPad lain yang berdekatan dengan ciri Kawalan Universal. Setiap peranti menunjukkan skrin dan appnya sendiri dan anda boleh menyeret serta melepaskan di antaranya, menggerakkan penuding antara skrin dan memasukkan teks pada sebarang peranti menggunakan papan kekunci anda.

Sebelum anda bermula

Pastikan yang berikut:

Sediakan Kawalan Universal

Untuk menyambungkan Mac anda dan sehingga dua Mac atau peranti iPad lain dengan Kawalan Universal, pastikan kedua-dua peranti bangun dan dibuka kunci, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • Pada Mac anda, gunakan tetikus atau trackpad anda untuk menggerakkan penuding ke pinggir kanan atau kiri skrin, yang terdekat dengan peranti lain anda. Jeda, kemudian alihkan penuding sedikit melepasi pinggir skrin. Apabila jidar kelihatan di pinggir skrin peranti lain, teruskan mengalihkan penuding ke skrin peranti lain.

  • Pada Mac anda, klik menu status Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Paparan, kemudian pilih peranti lain anad di bawah “Pautkan papan kekunci dan tetikus ke”. Kemudian, gunakan tetikus atau trackpad anda untuk menggerakkan penuding melepasi pinggir skrin Mac sehingga ia kelihatan pada peranti lain anda.

Selepas anda mewujudkan sambungan, anda boleh mengalihkan penuding merentas skrin sehingga salah satu peranti anda tidur atau anda memutuskan sambungannya.

Gunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad Mac anda dengan iPad anda

Banyak tindakan dan gerak isyarat yang anda boleh lakukan pada iPad dengan tetikus atau trackpad luaran anda turut berfungsi dengan tetikus atau trackpad Mac anda. Lihat Tindakan dan gerak isyarat tetikus untuk iPad dan Gerak isyarat trackpad untuk iPad.

Dengan papan kekunci Mac, anda juga boleh menggunakan banyak ciri iPad yang tersedia dengan papan kekunci luaran. Lihat topik papan kekunci dalam bab Aksesori, bermula dengan Tukar antara papan kekunci dengan iPad.

Tukar susunan skrin antara peranti anda

Arah yang anda gerakkan penuding apabila mewujudkan sambungan Kawalan Universal menentukan sisi paparan yang anda gunakan untuk menggerakkan penuding merentas peranti.

Anda boleh melaraskan susunan peranti anda.

  1. Pada Mac anda, pergi ke app Seting Sistem .

  2. Klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

    Buka seting Paparan untuk saya

  3. Di sebelah kanan, skrol ke bawah, kemudian klik Susun.

  4. Seret imej peranti lain ke kedudukan baharu.

Putuskan sambungan Mac anda daripada peranti lain

Anda boleh memutuskan sambungan Mac dan iPad anda untuk berhenti menggunakan Kawalan Universal buat sementara.

Lakukan satu daripada berikut:

  • Pada iPad anda: Tekan butang atas pada iPad anda untuk menjadikannya tidur.

  • Pada Mac anda: Klik menu status Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Paparan, kemudian nyahpilih iPad atau Mac lain di bawah “Pautkan papan kekunci dan tetikus ke”.

Halang Mac dan peranti lain anda daripada bersambung secara automatik

Selepas anda menyediakan Kawalan Universal, Mac dan iPad anda atau Mac lain bersambung semula secara automatik pada bila-bila masa ia berdekatan satu sama lain dan skrinnya dibuka kunci. Untuk menghalang Mac dan iPad anda atau Mac lain daripada bersambung secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pilihan ini pada Mac anda.

  1. Pada Mac anda, pergi ke app Seting Sistem .

  2. Klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

    Buka seting Paparan untuk saya

  3. Klik Lanjutan, kemudian nyahaktifkan “Sambung semula ke sebarang Mac atau iPad berdekatan secara automatik”.

Nyahaktifkan Kawalan Universal

Anda boleh menyahaktifkan Kawalan Universal bagi menghalang Mac anda daripada bersambung ke peranti yang berdekatan.

  1. Pada Mac anda, pergi ke app Seting Sistem .

  2. Klik Paparan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

    Buka seting Paparan untuk saya

  3. Klik Lanjutan, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Nyahaktifkan semua sambungan Kawalan Universal: Nyahaktifkan “Benarkan penuding dan papan kekunci anda beralih antara sebarang Mac atau iPad berdekatan”.

    • Halang sambungan apabila menggerakkan penuding ke pinggir skrin: Nyahaktifkan “Tolak melepasi pinggir paparan untuk bersambung ke Mac atau iPad berdekatan”.

Jika Kawalan Universal tidak berfungsi

  • Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada kedua-dua peranti.

  • Pastikan kedua-dua peranti diaktifkan Wi-Fi, Bluetooth, Handoff dan pengesahan dua faktor serta berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.

  • Untuk langkah penyelesaian masalah tambahan, lihat “Jika anda memerlukan bantuan” di bahagian bawah artikel Sokongan Apple Kawalan Universal.

Anda boleh mengeset pilihan untuk menyahdayakan Kawalan Universal buat sementara apabila anda zum masuk pada skrin Mac anda, supaya lebih mudah untuk zum masuk di sepanjang pinggir skrin. Lihat Tukar pilihan lanjutan Zum untuk kebolehcapaian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.