Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Apakah yang ada dalam menu Apple pada Mac?

Menu Apple terletak di penjuru kiri atas skrin. Kliknya untuk mengakses Seting Sistem dan app, dokumen dan item lain yang terbaru diguna.

Item menu Apple

Perihalan

Perihal Mac Ini

Lihat maklumat tentang Mac anda, seperti versi macOS, jenis pemproses atau cip dan jumlah memori. Klik Info Lanjut untuk butiran tambahan dan untuk mengoptimumkan storan.

Seting Sistem

Buka Seting Sistem untuk menyesuaikan kebanyakan seting Mac anda dan mengemas kini macOS.

App Store

Lawati App Store, tempat yang anda boleh menemui app yang menarik dan menyeronokkan untuk Mac anda serta kemas kini untuk app, pencetak dan banyak lagi.

Buka App Store untuk saya

Item Terbaru

Lihat senarai fail, app dan komputer rangkaian (pelayan) terbaharu yang anda telah gunakan. Semasa anda menggunakannya, namanya ditambahkan ke senarai supaya anda boleh mengaksesnya dengan cepat pada masa hadapan. Lihat Buka item terbaru digunakan.

Keluar Paksa

Pilih pilihan ini jika app tidak bertindak balas.

Penting: Jika anda memaksa app keluar, anda mungkin kehilangan sebarang perubahan yang tidak disimpan.

Tidur

Malapkan skrin dan kurangkan penggunaan kuasa tanpa menyahaktifkan Mac anda.

Mula Semula

Matikan Mac anda seketika, kemudian jadikannya hidup serta-merta secara automatik.

Tutup

Nyahaktifkan Mac anda sepenuhnya.

Kunci Skrin

Kunci skrin serta-merta apabila diperlukan untuk memastikan Mac dan maklumat anda selamat. Lihat Kunci skrin Mac anda.

Log Keluar [nama pengguna]

Log keluar akaun pengguna semasa tanpa menutup Mac. Tindakan ini berguna jika anda berkongsi Mac anda dengan pengguna lain yang mempunyai akaun mereka sendiri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.