Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Padam dan pasang semula macOS

Penting: Jangan ikut langkah di bawah jika komputer anda ialah Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple. Sebaliknya, ikuti langkah dalam Padamkan Mac anda.

Sebelum anda bermula

  • Memadam Mac anda akan mengeluarkan semua maklumat daripada Mac. Sandarkan Mac anda dengan Time Machine.

  • Pastikan Mac anda disambungkan ke internet.

  • Jika anda memasang semula pada komputer riba Mac, sambungkan penyesuai kuasa.

Padam dan pasang semula macOS pada Mac berasaskan Intel tanpa Cip Keselamatan T2 Apple

Anda boleh menggunakan Pemulihan macOS, sistem pemulihan terbina dalam pada Mac anda, untuk memadam dan memasang semula macOS.

  1. Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan Command-R serta-merta.

  2. Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Utiliti Cakera, kemudian klik Teruskan.

  3. Dalam Utiliti Cakera , pilih volum yang anda mahu padamkan dalam bar sisi, kemudian klik Padam dalam bar alat.

  4. Taipkan nama untuk volum dalam medan Nama, klik menu timbul Format dan pilih APFS, kemudian klik Padam Kumpulan Volum.

  5. Apabila proses padam selesai, klik Selesai, kemudian pilih Utiliti Cakera > Keluar daripada Utiliti Cakera.

  6. Dalam tetingkap app Pemulihan, klik Pasang Semula macOS [nama], kemudian klik Teruskan.

  7. Ikuti arahan pada skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.