Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan port pada Mac anda

Mac anda termasuk port yang anda boleh gunakan untuk memindahkan data, menyambungkan speaker atau fon kepala, atau menyambungkan paparan.

Sambungkan aksesori ke Mac anda

Jika anda mempunyai komputer riba Mac dengan Apple silicon, anda perlu meluluskan peranti USB atau Thunderbolt dan kad SD baharu yang anda sambungkan ke Mac anda. Jika anda memilih Benarkan, aksesori membenarkan penghantaran kuasa dan data. Jika anda memilih Jangan Benarkan, aksesori masih boleh mengecas, tetapi data tidak dihantar.

Nota: Anda digesa untuk meluluskan kad SD apabila anda menggunakan macOS 13.3 atau lebih baharu.

Nota: Pilihan Benarkan biasanya tidak apa-apa untuk peranti atau aksesori yang anda miliki. Jika anda menyambungkan Mac anda ke peranti awam (seperti stesen pengecasan lapangan terbang), pertimbangkan untuk memilih Jangan Benarkan.

Jika anda memilih untuk tidak meluluskan peranti atau aksesori baharu secara manual apabila anda menyambungkannya, anda boleh menukar seting ini.

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

    Buka seting Privasi & Keselamatan untuk saya

  2. Klik menu timbul di sebelah “Benarkan aksesori bersambung”, kemudian pilih sama ada Secara Automatik Apabila Dibuka Kunci atau Sentiasa untuk membenarkan aksesori untuk sentiasa bersambung tanpa kelulusan manual.

Ketahui tentang port pada Mac anda

Jika anda tidak pasti port yang dimiliki oleh Mac anda, lihat artikel Sokongan Apple Kenal pasti port pada Mac anda.

Nota: Mungkin terdapat ikon pengenalpastian berhampiran setiap port, bergantung pada Mac anda.

Port

Kelihatan seperti

Ikon

Perihalan

Audio analog keluar

Port audio
Label audio keluar

Anda boleh menggunakan port ini untuk menyambungkan speaker berkuasa sendiri atau peralatan audio lain menggunakan kabel audio standard dengan pemalam besi 3.5 mm.

Audio masuk

Port audio
Label audio masuk

Anda boleh menggunakan port ini untuk menyambungkan peralatan stereo ke Mac anda dengan penyesuai kabel stereo miniplug ke RCA. Sesetengah komputer Mac juga menyokong input audio digital optikal menggunakan protokol S/PDIF. Gunakan kabel Toslink dengan penyesuai mini palam Toslink atau kabel gentian optik dengan palam plastik 3.5 mm atau optikal nilon.

Ethernet

Port Ethernet
Label port Ethernet

Gunakan kabel Ethernet untuk bersambung ke internet. Lihat Perihal port Ethernet 10 Gigabit pada Mac.

HDMI

Port HDMI
Label Port HDMI

Bersambung ke HDTV dengan port HDMI. Port ini membenarkan anda memainkan audio dan video komputer anda pada HDTV.

Fon Kepala

Port audio
Label audio fon kepala

Anda boleh menggunakan port ini sebagai kombinasi fon kepala dan port baris keluar. Sambungkan fon kepala (dengan atau tanpa mikrofon terbina dalam), speaker berkuasa sendiri, atau peralatan audio lain menggunakan kabel audio standard dengan pemalam besi 3.5 mm.

Mini DisplayPort

Mini DisplayPort
Label Mini DisplayPort

Sambungkan ke Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke paparan DVI, HDMI, atau VGA.

Slot Kad SD atau SDXC

Slot Kad SD

Tiada ikon

Import imej daripada kamera digital atau untuk menyimpan maklumat. Lihat Artikel Sokongan Apple Gunakan slot kad SD dan SDXC pada Mac anda.

Thunderbolt dan Thunderbolt 2

Port Thunderbolt dan Thunderbolt 2
Label Thunderbolt

Sambungkan ke peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke paparan DVI, HDMI, atau VGA.

Thunderbolt 3 (USB-C), Thunderbolt / USB 4, Thunderbolt 4 (USB-C) dan Thunderbolt 5 (USB-C)

Port Thunderbolt 3 (USB-C), Thunderbolt / USB 4, Thunderbolt 4 (USB-C) dan Thunderbolt 5 (USB-C)
Label Thunderbolt

Sambungkan ke peranti USB, peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke peranti Thunderbolt 2 atau paparan DVI, HDMI, atau VGA.

USB-A

Port USB-A
Label Port USB-A

Sambungkan ke peranti USB 3 atau USB 2.

USB-C

Port USB-C

Tiada ikon

Sambungkan ke peranti USB, peranti Thunderbolt atau paparan Mini DisplayPort, bergantung pada keupayaan port. Gunakan penyesuai untuk menyambungkan ke peranti Thunderbolt 2 atau paparan DVI, HDMI, atau VGA. Lihat artikel Sokongan Apple Kenal pasti port pada Mac anda.

Jika sambungan ke peranti tidak berfungsi

Jika peranti luaran anda tidak berfungsi, cuba mana-mana yang berikut:

  • Periksa peranti: Pastikan peranti diaktifkan dan kabelnya bersambung. Jika peranti memerlukan kord kuasa, pastikan ia dipasang masuk. Pastikan anda memasang sebarang perisian dan perisian tegar yang disertakan dengan peranti. Semak tapak web pengeluar untuk perisian terkini. Jika peranti berada dalam rantaian peranti, keluarkan peranti dari rantaian, kemudian pasangkan terus ke komputer anda untuk memastikan ia berfungsi.

  • Periksa yang anda menggunakan kabel yang betul: Jika anda tidak mempunyai kabel yang betul, anda mungkin perlu menggunakan penyesuai. Lihat artikel Sokongan Apple Penyesuai untuk port Thunderbolt atau USB-C pada Mac anda.

  • Periksa peranti berantai: Jika peranti berada dalam rantai peranti Thunderbolt yang bersambung, setiap satu saling bersambung dengan hanya satu peranti bersambung terus ke port Thunderbolt, putuskan sambungan peranti daripada rantai dan sahkannya berfungsi (lihat “Semak peranti”, di atas). Kemudian pastikan yang semua peranti selain daripada yang bersambung terus ke Mac anda mempunyai kord kuasa. (Jika peranti yang bersambung terus dengan Mac anda memerlukan kord kuasa, ia perlu mempunyainya juga).

    Jika peranti DisplayPort Mini sebahagian daripada rantai, pastikan ia berada di hujung dan disambungkan dengan kabel DisplayPort Mini.

  • Sahkan bahawa peranti muncul dalam Maklumat Sistem: Pada Mac anda, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian pilih menu Apple  > Maklumat Sistem.

    Buka Maklumat Sistem untuk saya

    Dalam tetingkap yang kelihatan, lihat jika peranti disenaraikan di bawah Perkakasan dalam senarai di sebelah kiri. Jika peranti muncul tetapi tidak berfungsi, semak semula dokumentasi peranti untuk langkah penyelesaian masalah selanjutnya.

Anda juga boleh keluar dan membuka semula app yang menggunakan peranti atau memulakan semula Mac anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.