Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pengenalan kepada pintasan papan kekunci Mac

Dengan menekan gabungan kekunci tertentu, anda boleh melakukan perkara yang biasanya memerlukan tetikus, trackpad atau peranti input lain dengan cepat, seperti menyalin dan menampal teks atau item lain.

Nota: Jika anda mempunyai Apple Magic Keyboard dengan Touch ID dan Pad Kekunci Angka, kekunci Fungsi/Glob terletak di sebelah kanan kekunci Delete.

Cara menggunakan pintasan papan kekunci

Untuk menggunakan pintasan papan kekunci, tekan dan tahan satu atau lebih kekunci pengubah suai, kemudian tekan kekunci terakhir pintasan. Sebagai contoh, untuk menggunakan pintasan papan kekunciCommand-C (salin), tekan dan tahan kekunci Command, kemudian kekunci C, kemudian lepaskan kedua-dua kekunci. Menu dan papan kekunci Mac kerap menggunakan simbol untuk kekunci tertentu, termasuk kekunci pengubah suai.

Kekunci pengubah suai

  • Command

  • Control

  • Fn (Fungsi) / Glob

  • Option

  • Shift

Pintasan papan kekunci popular

Tindakan

Pintasan

Perihalan

Tutup

Command-W

Tutup tetingkap.

Salin

Command-C

Salin pilihan.

Potong

Command-X

Potong pilihan.

Padam

Padam

Padam aksara yang ditempatkan sebelum kursor.

Cari

Command-F

Cari teks.

Keluar Paksa

Option-Command-Escape

Paksa app yang tidak bertindak balas untuk tutup.

Pemadaman Hadapan

Fn-Delete

Padam aksara yang ditempatkan selepas kursor.

Sembunyi

Command-H

Sembunyikan app aktif.

Baharu

Command-N

Buka tetingkap Finder baharu atau cipta dokumen baharu dalam app lain.

Tab Baharu

Command-T

Buka tab baharu dalam tetingkap Finder, dokumen atau Safari.

Tampal

Command-V

Tampal salinan item terakhir yang disalin atau dipotong.

Tampal dan padankan gaya

Option-Shift-Command-V

Tampal salinan item terakhir yang disalin atau dipotong, yang sepadan dengan gaya yang digunakan dalam dokumen (dan bukannya gaya asal).

Cetak

Command-P

Cetak dokumen.

Lihat Cepat

Bar Space-klik

Lihat kandungan dokumen tanpa membuka appnya.

Keluar

Command-Q

Keluar daripada app.

Klik kanan

Control-klik

Buka menu pintasan.

Simpan

Command-S

Simpan dokumen.

Ambil gambar skrin penuh

Shift-Command-3

Ambil gambar skrin keseluruhan skrin.

Gambar skrin untuk pilihan skin

Shift-Command-4

Ambil gambar skrin sebahagian daripada skrin.

Pilihan Buka Gambar Skrin

Shift-Command-5

Ambil gambar skrin atau rakam skrin.

Pilih Semua

Command-A

Pilih semua.

Tunjukkan emoji dan simbol

Fn / Glob

Buka Pemapar Aksara untuk mencari emoji dan simbol.

Carian Spotlight

Command-Bar Space

Cari apa-apa sahaja pada komputer anda.

Tukar App

Command-Tab

Tekan Command-Tab lagi untuk beralih ke app seterusnya atau Shift-Command-Tab untuk beralih ke app sebelumnya.

Buat asal

Command-Z

Buat asal tindakan terakhir.

Ketahui lebih lanjut tentang pintasan papan kekunci

Untuk mendapatkan senarai menyeluruh pintasan papan kekunci Mac, lihat artikel Sokongan Apple pintasan papan kekunci Mac.

Lihat Gunakan pintasan papan kekunci macOS untuk mengetahui cara menyesuaikan pintasan yang disediakan.

Untuk mengetahui cara untuk mencipta pintasan papan kekunci anda sendiri, lihat Cipta pintasan papan kekunci untuk app.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.