Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Touch Bar pada Mac

Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menggunakan gerak isyarat biasa—seperti ketik, leret, atau luncur—terus pada Touch Bar untuk melaraskan seting, menggunakan Siri, mengakses kekunci fungsi dan melakukan tugas dalam app berlainan.

Touch Bar, merentas bahagian atas papan kekunci, menunjukkan butang yang berbeza mengikut app atau tugas di sebelah kiri dan di sebelah kanan, Control Strip yang diruntuhkan.

Control Strip

Control Strip, terletak di penghujung kanan Touch Bar, membolehkan anda menggunakan Siri atau melaraskan seting biasa dengan mudah—hanya ketik butang atau, untuk seting seperti kecerahan dan kelantangan, leret ke kiri atau ke kanan pada butang dengan cepat. Anda juga boleh mengembangkan Control Strip untuk mengakses lebih banyak butang.

Control Strip yang diruntuhkan termasuk butang—dari kiri ke kanan—untuk mengembangkan Control Strip, meningkatkan atau mengurangkan kecerahan dan kelantangan, senyapkan atau nyahsenyapkan serta menggunakan Siri.
  • Kembangkan Control Strip: Ketik butang Kembangkan.

    Bergantung pada model Mac anda dan cara anda menyesuaikan Touch Bar, anda juga boleh menekan dan menahan kekunci Fn atau kekunci Glob pada papan kekunci untuk mengembangkan Control Strip.

  • Gunakan butang Control Strip: Ketik butang untuk melaraskan seting atau mengawal main balik video atau muzik. Untuk sesetengah seting—seperti kecerahan paparan—anda boleh sentuh dan tahan butang untuk menukar seting.

    Butang dalam Control Strip dikembangkan termasuk—dari kiri ke kanan—kecerahan paparan, Mission Control, Aplikasi, kecerahan papan kekunci, main balik video atau muzik dan kelantangan.
  • Runtuhkan Control Strip: Ketik butang Tutup.

Butang app

Butang lain dalam Touch Bar berbeza bergantung pada app anda gunakan atau tugas anda sedang lakukan. Setiap app adalah berbeza—cuba Touch Bar untuk mengetahui perkara yang anda boleh lakukan.

Contohnya, inilah butang yang tersedia untuk diketik dalam Touch Bar apabila anda memilih fail dalam Finder:

Touch Bar dengan butang tertentu untuk Finder, seperti butang Tag.

Anda boleh menggunakan Touch Bar untuk menambah emoji ke teks anda dengan cepat dalam sesetengah app. Hanya ketik butang Emoji, leret untuk skrol menerusi emoji (disusun mengikut kategori, seperti Kerap Digunakan atau Senyuman & Orang), kemudian ketik yang anda mahu gunakan.

Petua: Dalam sesetengah app, anda boleh menyesuaikan Touch Bar bagi menambah butang untuk tugasan yang paling kerap anda lakukan.

Cadangan menaip

Apabila anda menaip teks pada Mac anda, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan (dipanggil cadangan menaip), untuk membantu anda menjimatkan masa.

  • Tunjukkan cadangan menaip: Ketik butang Cadangan Menaip.

    Butang cadangan Penaipan dalam Touch Bar.
  • Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dalam warna biru.

    Cadangan menaip menunjukkan perkataan dan emoji, serta butang di sebelah kiri untuk menyembunyikan cadangan menaip.
  • Sembunyikan cadangan menaip: Ketik butang Tutup dalam Touch Bar.

Jika butang Cadangan Menaip tidak ditunjukkan dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip”. Atau pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Papan Kekunci dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), klik seting Touch Bar, kemudian aktifkan “Tunjukkan cadangan menaip”.

Buka seting Papan Kekunci untuk saya

Warna

Dalam app yang anda boleh tukar warna teks atau objek, anda boleh menggunakan Touch Bar untuk memilih warna, rona warna atau mod (seperti RGB atau HSB).

Touch Bar menunjukkan butang Warna di antara butang khusus app.
  • Pilih warna: Sentuh dan tahan butang Warna, kemudian luncurkan jari anda ke warna.

    Touch Bar menunjukkan pilihan daripada tiada warna di sebelah kiri ke hitam di sebelah kanan.
  • Pilih teduh: Ketik butang Warna, sentuh dan tahan warna, kemudian luncurkan jari anda ke teduh.

  • Pilih mod atau warna tersuai: Ketik butang Warna, ketik senarai warna di sebelah kiri, kemudian ketik mod warna, seperti RGB. Untuk menggunakan warna tersuai yang anda simpan, ketik Perca.

    Touch Bar menunjukkan mod warna—daripada kiri ke kanan—Ringkas, Skala Kelabu, RGB, CMYK dan HSB. Di hujung kanan adalah butang Perca.

    Gunakan gelangsar untuk mod untuk menukar nilai, seperti rona dan ketepuan. Untuk menyimpan perubahan ke Perca, ketik warna (a + muncul), kemudian ketiknya lagi (tanda semak muncul).

    Touch Bar menunjukkan rona, ketepuan dan kecerahan gelangsar untuk mod HSB. Di hujung kiri adalah butang untuk menunjukkan semula mod; di sebelah kanan, butang untuk menyimpan warna tersuai.
  • Sembunyikan warna atau nilai warna: Ketik butang Tutup dalam Touch Bar.

Kekunci Fungsi

Kabanyakan pintasan papan kekunci macOS menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12)—contohnya, F11 menunjukkan desktop. Pada Mac dengan Touch Bar, kekunci fungsi ialah butang dalam Touch Bar dan bukannya kekunci papan kekunci fizikal.

  1. Untuk menunjukkan kekunci fungsi dalam Touch Bar, tekan dan tahan kekunci Fn atau kekunci Glob (bergantung pada model Mac) pada papan kekunci.

    Pastikan untuk menyesuaikan Touch Bar dalam seting Papan Kekunci supaya kekunci fungsi ditunjukkan apabila anda menekan dan menahan kekunci.

    Kekunci fungsi dalam Touch Bar.
  2. Ketik kekunci fungsi dalam Touch Bar.

    Jika pintasan papan kekunci termasuk kekunci pengubah suai, seperti Option atau Command, tekan dan tahan kekunci Fn atau kekunci Glob dengan kekunci pengubah suai. Sebagai contoh, untuk menggunakan Fn-Control-F3 untuk beralih ke Dock, tekan dan tahan kekunci Fn atau kekunci Glob dan kekunci Control sekali gus, kemudian ketik F3 dalam Touch Bar.

Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan kekunci fungsi pada MacBook Pro dengan Touch Bar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.