Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Intelligence dalam Nota pada Mac

Anda boleh merakam audio dalam Nota—seperti syarahan kelas atau mesyuarat penting—kemudian gunakan Apple Intelligence* untuk menjana ringkasan transkrip, supaya anda boleh mendapatkan maklumat paling penting sekilas pandang. Anda juga boleh menyalin dan berkongsi ringkasan.

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan rakaman audio dalam isi nota. Di sebelah kanan, ringkasan transkrip ditunjukkan.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model Mac atau dalam semua bahasa atau rantau. ** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini macOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Lihat ringkasan rakaman audio

Selepas anda merakam audio dalam app Nota, anda boleh melihat ringkasan rakaman.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

    Buka Nota untuk saya

  2. Buka nota dengan rakaman.

  3. Dwiklik rakaman, kemudian klik Ringkasan.

Petua: Anda juga boleh meringkaskan rakaman audio dalam Memo Suara menggunakan Alat Menulis. Pilih rakaman, klik butang Tunjukkan Transkrip untuk melihat transkrip, kemudian ikuti langkah untuk meringkaskan dan menyusun teks.

Salin atau kongsi ringkasan

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

    Buka Nota untuk saya

  2. Dwiklik rakaman, kemudian klik Ringkasan.

  3. Klik butang Lagi di bahagian atas ringkasan, kemudian pilih Salin Ringkasan atau Kongsi Ringkasan.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak ketepatan maklumat penting.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.