Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Wallet & Apple Pay pada Mac

Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, gunakan seting Wallet & Apple Pay untuk menambah kad kredit, kad debit, kad prabayar, kad kedai dan Apple Card ke Wallet, supaya anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran di tapak web yang menyokong Apple Pay. Ketahui cara menggunakan Wallet & Apple Pay.

Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Wallet & Apple Pay dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

Buka seting Wallet & Apple Pay untuk saya

Pilihan

Perihalan

Tambah Kad

Anda boleh menambah kad menggunakan kamera komputer anda atau dengan menaip maklumat kad. Klik Tambah Kad, kemudian ikut arahan pada skrin.

Nota: Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda akan diminta untuk mendaftar masuk.

Kad Isi Auto

Pilih kad kredit, debit, prabayar atau kad kedai yang mendayakan Isi Auto.

Kad Lalai

Pilih kad kredit, debit, prabayar, atau kad kedai yang digunakan oleh Apple Pay. Anda boleh memilih kad berlainan apabila anda membuat pembelian. Anda juga boleh menggunakan Apple Card sebagai kad lalai anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang bermula dengan Apple Card, lihat tapak web Apple Card.

Alamat Penghantaran

Masukkan alamat penghantaran untuk digunakan dengan Apple Pay.

E-mel

Masukkan alamat e-mel untuk digunakan dengan Apple Pay.

Sembunyikan E-mel Saya

Hantar dan terima mesej berkaitan pembelian tanpa perlu berkongsi alamat e-mel sebenar anda.

Alamat e-mel rawak dicipta untuk setiap tapak web serta app dan mesej dimajukan ke alamat e-mel sebenar anda.

Telefon

Masukkan nombor telefon untuk digunakan dengan Apple Pay.

Kad Serasi

Aktifkan pilihan ini untuk menyemak bahawa kad yang disimpan dalam Isi Auto Safari berfungsi dengan Apple Pay dan gunakan kad tersebut dalam Wallet.

Tambah Pesanan ke Wallet

Lihat pesanan Apple Pay yang dibuat pada Mac anda (daripada pedagang yang mengambil bahagian) pada iPhone anda.

Lihat cara data anda diurus

Lihat Polisi Privasi Apple Pay.

Untuk mengeluarkan kad, kliknya, kemudian klik Keluarkan Kad.

Untuk melihat butiran tambahan untuk kad, seperti alamat pengebilan, Nombor Akaun Peranti, atau transaksi terbaharu pada Mac ini (tidak tersedia untuk semua kad), klik kad.

Nota: Nombor Akaun Peranti unik kepada Mac anda dan kad yang dipilih. Nombor ini dijana oleh bank atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan oleh bank anda apabila anda menambah kad ke Wallet & Apple Pay. Nombor ini, bukannya nombor kad sebenar, digunakan supaya lebih selamat.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.