Tambah persamaan matematik dalam Keynote pada iPad

Anda boleh menambah ungkapan dan persamaan matematik sebagai objek terapung pada slaid. Untuk menambah persamaan, anda mengarangnya dalam dialog persamaan Keynote menggunakan perintah LaTeX atau elemen MathML, kemudian masukkannya dalam pembentangan anda.

Anda juga boleh menambah persamaan sebaris dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.

Tambahkan persamaan dengan LaTeX atau MathML

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Letakkan persamaan sebaris dengan teks: Letakkan titik sisipan dalam kotak teks atau bentuk, atau pilih teks yang anda mahu persamaan gantikan.

    • Letakkan persamaan supaya ia boleh digerakkan dengan bebas: Ketik di luar slaid untuk memastikan tiada yang dipilih.

  3. Ketik butang Masukkan Media dalam bar alat, kemudian ketik Tambah Persamaan.

  4. Masukkan persamaan LaTeX atau MathML menggunakan papan kekunci dan simbol di atas papan kekunci.

    Dialog Persamaan, menunjukkan persamaan yang ditulis menggunakan perintah MathML manakala pratonton formulanya di atas.

    Pada iPad, sesetengah kekunci mungkin mempunyai berbilang aksara di bahagian atas. Untuk menaip satu daripada aksara tersebut, sentuh dan tahan kekunci, kemudian leret kiri atau kanan secara pepenjuru. Sebagai contoh, untuk menaip tanda kurung kiri, sentuh dan tahan kekunci H, kemudian leret ke bawah dan ke kanan.

  5. Ketik Masukkan.

  6. Seret persamaan untuk menempatkannya semula pada slaid.

Edit, padam atau alihkan persamaan dengan LaTeX atau MathML

Selepas anda menambah persamaan, anda boleh mengubah suainya.

  • Edit persamaan: Dwiketik persamaan, buat perubahan anda, kemudian ketik Kemas Kini.

  • Alihkan persamaan: Ketik persamaan, kemudian seretnya ke lokasi baharu pada slaid atau dalam teks.

  • Tukar saiz atau warna persamaan: Ketik persamaan, ketik butang Format, kemudian ketik tab Gaya atau Susun. Anda juga boleh mengetik pemegang di sekeliling persamaan dan seret untuk menukar saiznya.

  • Salin persamaan: Ketik persamaan, ketik Salin, ketik di tempat yang anda mahu persamaan diletakkan, kemudian ketik Tampal.

  • Padam persamaan: Ketik persamaan, kemudian ketik Padam.

  • Gerakkan persamaan terapung sebaris dengan teks: Potong dan tampal persamaan pada slaid ke dalam kotak teks atau bentuk. Lihat Letakkan objek dalam kotak teks atau bentuk.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.