Mainkan tayangan slaid dengan berbilang pembentang dalam Keynote pada iPad

Anda boleh memainkan pembentangan dikongsi dalam talian dengan berbilang pembentang. Ini berguna jika anda membentang sebagai pasukan semasa menggunakan app persidangan video.

Apabila anda mengehoskan tayangan slaid berbilang pembentang, anda mengawal pembentangan sama seperti anda membentang seorang diri. Sebagai hos, anda boleh memulakan dan menamatkan tayangan slaid, menentukan untuk memainkannya dalam skrin penuh atau dalam tetingkap, menukar slaid dan mengedit nota pembentang pada bila-bila masa. Jika anda bukan hos, anda mempunyai kawalan pembentangan yang lebih terhad—anda hanya boleh memajukan atau memutar kembali tayangan slaid semasa berkongsi kawalan dengan hos.

Hoskan tayangan slaid berbilang pembentang

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan dikongsi.

  3. Ketik untuk memilih slaid dalam penavigasi slaid yang anda mahu mulakan.

  4. Untuk memulakan tayangan slaid berbilang pembentang, ketik butang Lagi, kemudian pilih Tayangan Slaid Berbilang Pembentang. Jika pembentang lain telah memulakan tayangan slaid, anda juga boleh ketik butang Main Langsung dalam bar alat, kemudian pilih Main Tayangan Slaid Berbilang Pembentang.

  5. Ketik Mula sebagai Hos dalam lobi tayangan slaid berbilang pembentang.

    Tayangan slaid dimulakan pada slaid yang anda pilih.

  6. Sebagai hos, anda mempunyai kawalan tayangan slaid pada setiap masa, tetapi anda juga boleh berkongsi kawalan dengan pembentang lain. Untuk berkongsi kawalan dengan pembentang lain, sentuh dan tahan skrin untuk menunjukkan bar alat, ketik butang Berbilang Pembentang, kemudian ketik butang Pemacu di sebelah nama mereka.

  7. Untuk berhenti berkongsi kawalan dengan pembentang lain, sentuh dan tahan skrin untuk menunjukkan bar alat, ketik butang Berbilang Pembentang, kemudian ketik butang Pemacu di sebelah nama mereka.

  8. Untuk menghentikan tayangan slaid, cubit tutup di mana-mana tempat pada skrin.

Semasa tayangan slaid berbilang pembentang, pemberitahuan memaklumkan anda apabila pembentang bersama menyertai dan meninggalkan pembentangan, atau bermula dan berhenti mengawal tayangan slaid. Jika anda tidak mahu penonton anda melihat pemberitahuan, sentuh dan tahan skrin untuk menunjukkan bar alat, ketik butang Berbilang Pembentang, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Pemberitahuan Pembentang.

Sertai tayangan slaid berbilang pembentang sebagai pembentang bersama

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan dikongsi.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Tayangan Slaid Berbilang Pembentang. Jika pembentang lain telah memulakan tayangan slaid, ketik butang Main Langsung, kemudian pilih Main Tayangan Slaid Berbilang Pembentang.

  4. Tunggu hos memulakan tayangan slaid.

  5. Untuk mengawal tayangan slaid, ketik Kawal Tayangan Slaid atau tunggu hos memberikan anda kawalan.

  6. Ketik anak panah untuk memajukan atau memutar kembali slaid.

  7. Ketik Berhenti Mengawal untuk melepaskan kawalan tayangan slaid.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.