Formatkan sempang dan tanda petikan dalam Keynote pada iPad

Keynote menukar sempang berganda (--) ke sempang (—) secara automatik dan menukar tanda petikan lurus ke tanda petikan ikal semasa anda menaip. Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan seting ini pada bila-bila masa.

Nota: Seting ini mempengaruhi sempang dan tanda petikan—kedua-duanya sama ada aktif atau nyahaktif.

Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan sempang automatik

Anda boleh menyahaktifkan pemformatan sempang automatik dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak akan mempengaruhi sempang dan sengkang sedia ada dalam pembentangan anda, hanya teks baharu yang anda taip.

Nota: Seting ini digunakan pada app lain pada peranti anda yang anda guna untuk memasukkan teks.

  1. Ketik Seting pada Skrin Utama, kemudian ketik Umum.

  2. Ketik Papan Kekunci, kemudian ketik Tanda Baca Pintar.

Petua: Untuk menggunakan pemformatan berbeza untuk teks tertentu, tukar seting, taipkan teks, kemudian tukar semula seting.

Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan tanda petikan automatik

Anda boleh menyahaktifkan pemformatan tanda petikan dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak akan mempengaruhi tanda petikan sedia ada dalam pembentangan anda, hanya teks baharu yang anda taip.

Nota: Seting ini digunakan pada app lain pada peranti anda yang anda guna untuk memasukkan teks.

  1. Ketik Seting pada Skrin Utama, kemudian ketik Umum.

  2. Ketik Papan Kekunci, kemudian ketik Tanda Baca Pintar.

Petua: Untuk menggunakan pemformatan berbeza untuk teks tertentu, tukar seting, taipkan teks, kemudian tukar semula seting.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.