Tambah atau padamkan slaid dalam Keynote pada iPad

Terdapat beberapa cara untuk menambahkan slaid ke pembentangan. Anda boleh menambahkan slaid baharu, menduplikasikan slaid tersedia dan menambahkan slaid daripada pembentangan lain.

Tambah slaid

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tambah slaid dalam paparan slaid dan paparan jadual ringkas: Ketik butang Tambah Slaid di bahagian bawah skrin, kemudian ketik tataletak slaid.

    • Tambah slaid dalam paparan rangka: Ketik butang Tambah Slaid di bahagian bawah skrin, kemudian ketik tataletak slaid.

      Untuk menambahkan slaid semasa menaip dalam baris terakhir slaid dengan cepat, ketik Return dua kali.

Petua: Anda juga boleh menambah slaid dengan menyeret imej daripada pelayar media atau daripada app lain ke penavigasi slaid atau paparan jadual ringkas.

Selepas menambahkan slaid, tambahkan kandungan anda sendiri ke dalamnya, termasuk teks, bentuk, jadual, carta, foto dan video.

Duplikasi slaid

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Duplikasi slaid dalam paparan slaid: Ketik untuk memilih slaid dalam penavigasi slaid, ketiknya lagi, kemudian ketik Duplikasi.

    • Duplikasi berbilang slaid dalam paparan slaid: Dalam penavigasi slaid, sentuh dan tahan satu slaid sementara mengetik yang lain dengan jari berbeza, kemudian angkat jari daripada slaid pertama dan ketik Duplikasi.

    • Duplikasi slaid dalam paparan jadual ringkas: Ketik untuk memilih slaid, kemudian ketik butang Duplikasi di bahagian bawah skrin.

    • Duplikasi berbilang slaid dalam paparan jadual ringkas: Ketik Pilih di bahagian bawah skrin, ketik slaid yang anda mahu duplikasi, ketik butang Duplikasi, kemudian ketik Selesai.

    • Duplikasi slaid dalam paparan rangka: Dalam rangka teks, ketik baris atas slaid yang anda mahu duplikasi dan ketik pemegang seret untuk membuka kawalan pilihan. Seret pemegang saiz semula putih (kelihatan seperti bar putih di atas dan bawah teks dipilih) untuk memilih semua kandungan slaid, kemudian ketik Duplikasi.

    • Duplikasi berbilang slaid dalam paparan rangka: Dalam rangka teks, ketik baris atas slaid yang anda mahu duplikasi dan ketik pemegang seret untuk membuka kawalan pilihan. Seret pemegang saiz semula putih untuk memilih slaid yang anda mahu duplikasi, kemudian ketik Duplikasi.

Masukkan slaid daripada pembentangan lain

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan yang mengandungi slaid yang anda mahu.

  3. Dalam paparan slaid, ketik untuk memilih slaid dalam penavigasi slaid.

    Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.

  4. Ketik slaid sekali lagi, kemudian ketik Salin.

    Petua: Untuk memilih dan menyalin berbilang slaid, sentuh dan tahan satu slaid sambil mengetik yang lain dengan jari satu lagi, angkat jari anda, kemudian ketik Salin.

  5. Ketik butang Balik dalam bar alat.

  6. Dalam pengurus dokumen, ketik pembentangan di tempat yang anda mahu masukkan slaid.

  7. Dalam paparan slaid, ketik di mana-mana dalam penavigasi slaid, kemudian ketik lagi.

  8. Ketik Tampal.

Padam slaid

  1. Pergi ke app Keynote pada iPad anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Padam slaid dalam paparan slaid: Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid, ketiknya lagi, kemudian ketik Padam.

    • Padam berbilang slaid dalam paparan slaid: Sentuh dan tahan satu slaid sambil mengetik yang lain dengan jari satu lagi, angkat jari anda, kemudian ketik Delete.

    • Padam slaid dalam paparan jadual ringkas: Ketik untuk memilih slaid, kemudian ketik butang Padam di bahagian bawah skrin.

    • Padam berbilang slaid dalam paparan jadual ringkas: Ketik Pilih di bahagian bawah skrin, ketik slaid yang anda mahu padamkan, ketik butang Padam, kemudian ketik Selesai.

    • Padam slaid dalam paparan rangka: Ketik baris atas slaid yang anda mahu padam, ketik pemegang seret, kemudian ketik Padam.

    • Padam berbilang slaid dalam paparan rangka: Dalam rangka teks, ketik baris atas slaid yang anda mahu padam dan ketik pemegang seret untuk membuka kawalan pilihan. Seret pemegang saiz semula putih untuk memilih slaid yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.