Gunakan AirDrop untuk memindahkan pembentangan Keynote

Dengan AirDrop, anda boleh menghantar pembentangan kepada iPhone, iPad, atau Mac berhampiran pada rangkaian Wi-Fi yang sama secara wayarles.

  1. Aktifkan AirDrop:

    • Pada Mac: Klik desktop untuk bertukar kepada Finder, kemudian pilih Pergi > AirDrop (daripada menu Pergi di bahagian atas skrin). Tetingkap AirDrop terbuka. Jika Bluetooth® atau Wi-Fi dinyahaktifkan, terdapat butang untuk mengaktifkannya.

    • Pada iPhone atau iPad: Buka Pusat Kawalan. Ketik AirDrop, kemudian pilih sama ada untuk menerima item daripada semua orang atau hanya orang dalam app Kenalan anda.

  2. Pilih pembentangan yang anda mahu hantar:

    • Pada Mac: Jika pembentangan terbuka, pilih Kongsi > Hantar salinan (daripada menu Kongsi di bahagian atas skrin), kemudian pilih AirDrop. Anda juga boleh Control-klik fail pembentangan pada komputer anda, kemudian pilih Kongsi > AirDrop.

    • Pada iPhone atau iPad: Buka pembentangan, ketik butang Kongsi, kemudian ketik AirDrop.

  3. Pilih penerima.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan AirDrop, lihat artikel Sokongan Apple ini.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.