Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sertai senarai main kolaboratif dalam Muzik pada Mac

Jika anda melanggan Apple Music dan seseorang menjemput anda untuk bekerjasama pada senarai main, anda boleh menyertainya dan kemudian menambah, mengeluarkan atau menyusun semula muzik dalam senarai main kolaboratif, serta memberikan reaksi kepada lagu dengan emoji.

Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Buka Muzik untuk saya

  1. Klik pautan yang anda terima, kemudian klik Sertai atau Minta untuk Menyertai (jika kelulusan oleh pemilik diperlukan).

    Pemberitahuan kelihatan apabila pemilik telah meluluskan anda untuk menyertai senarai main kolaboratif. Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama di sebelah namanya.

  2. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tambah lagu ke senarai main kolaboratif: Lihat Tambah item ke senarai main.

    • Tukar tertib lagu: Pilih Paparan > Isih Ikut. Apabila anda memilih Paparan > Isih Ikut > Tertib Senarai Main, anda boleh menyusun semula lagu dengan meyeret.

    • Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Delete.

    • Berikan reaksi kepada lagu dengan emoji: Lihat Tambah reaksi ke senarai main kolaboratif.

    • Jemput orang lain dengan pautan: Klik Kongsi Pautan Jemputan. Lihat Tambah lebih ramai orang untuk bekerjasama pada senarai main.

      Nota: Jika anda pemilik senarai main kolaboratif, atau pemilik tidak mengaktifkan Luluskan Kolaborator, anda boleh berkongsi pautan ke senarai main.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.