Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah reaksi ke senarai main kolaboratif dalam Muzik pada Mac

Jika anda melanggan Apple Music dan anda menyertai senarai main kolaboratif, anda boleh memberikan reaksi kepada lagu dalam senarai main dengan emoji.

Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Buka Muzik untuk saya

  1. Pergi ke app Muzik pada Mac anda.

  2. Klik senarai main kolaboratif dalam bar sisi.

    Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama di sebelah namanya.

  3. Klik di bawah lajur Reaksi bersebelahan lagu, kemudian pilih reaksi (sebagai contoh, emoji ibu jari atas) atau klik butang Tambah untuk mencari emoji khusus.

Petua: Jika anda mula memainkan lagu dalam senarai main kolaboratif, anda boleh klik butang Reaksi dalam kawalan main balik di bahagian bawah tetingkap Muzik untuk memilih reaksi dengan cepat.

Butang Reaksi dalam kawalan main balik menunjukkan beberapa emoji dan butang Tambah yang anda boleh klik untuk mencari lebih banyak emoji.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.