Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan kelantangan dalam Muzik pada Mac

Anda boleh menukar kelantangan untuk semua lagu atau lagu individu, atau setkan lagu untuk bermain pada kelantangan yang sama. Di samping mendengar speaker terbina dalam komputer, anda boleh memainkan audio dalam app Muzik menerusi speaker lain seperti speaker HomePod atau Bluetooth®.

Buka Muzik untuk saya

  1. Pergi ke app Muzik pada Mac anda.

  2. Mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music, mainkan radio, atau mainkan CD.

  3. Untuk mengawal kelantangan, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar kelantangan untuk semua lagu (seperti memusing tombol kelantangan pada stereo): Klik butang Kelantangan di bahagian bawah tetingkap Muzik, kemudian gunakan gelangsar kelantangan.

      Butang kelantangan.

      Kelantangan maksimum dihadkan oleh seting kelantangan komputer anda.

    • Laraskan kelantangan bagi lagu atau muzik video tertentu: Pilihnya, pilih Lagu > Dapatkan Info, klik Pilihan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

    • Setkan semua lagu dan video muzik untuk sentiasa bermain pada kelantangan yang sama: Pilih Muzik > Seting, klik Main Balik, kemudian pilih Periksa Bunyi.

  4. Untuk menggunakan speaker selain daripada speaker terbina dalam, klik butang AirPlay di bahagian bawah tetingkap Muzik, kemudian pilih kotak semak di sebelah speaker. Speaker jenis ini adalah disokong:

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.