Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nilai lagu dan kandungan lain dalam Muzik pada Mac

Anda boleh memberi penilaian—daripada satu hingga lima bintang—kepada lagu, album, atau video muzik untuk menandakan berapa banyak anda menyukainya. Anda boleh menggunakan penilaian untuk membantu mencipta senarai main secara automatik atau mengisih dan melayari pustaka muzik anda.

Buka Muzik untuk saya

Aktifkan atau nyahaktifkan penilaian

  1. Pergi ke app Muzik pada Mac anda.

  2. Klik Lagu dalam bar sisi.

  3. Pilih Paparan > Tunjukkan Paparan Pilihan, kemudian pilih Penilaian. Jika kotak semak dipilih, penilaian diaktifkan.

    Anda juga boleh memilih Penilaian Album untuk mengaktifkan penilaian album; penilaian album dikira dengan menggabungkan semua penilaian lagu individu.

Beri item penilaian

  1. Pergi ke app Muzik pada Mac anda.

  2. Klik Lagu dalam bar sisi, gerakkan penuding ke atas lagu yang anda mahu nilaikan, kemudian klik atau seret dalam lajur Penilaian untuk menambah atau mengeluarkan bintang.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.