Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar pilihan audio untuk panggilan FaceTime pada Mac

Pada Mac dengan Apple silicon, Audio Ruang menjadikan bunyi seperti rakan anda berada dalam bilik bersama dengan anda.

Dengan pilihan audio, anda boleh menyenyapkan panggilan, melaraskan kelantangan atau melaraskan seting mikrofon untuk menapis keluar bunyi latar belakang atau menangkap bunyi di sekeliling anda.

Pusat Kawalan di penjuru kanan atas skrin Mac, menunjukkan butang Video (yang kelihatan apabila anda dalam panggilan FaceTime) dan pilihan Mod Mik (yang menukar kesan audio, bergantung pada Mac anda).

Buka FaceTime untuk saya

Senyapkan atau tukar kelantangan panggilan FaceTime pada Mac

Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut semasa panggilan:

  • Senyapkan diri anda sendiri semasa panggilan video atau panggilan audio: Dalam app FaceTime , gerakkan penuding di atas tetingkap panggilan, kemudian klik butang Senyap. Anda masih boleh mendengar orang lain dalam panggilan, tetapi mereka tidak boleh mendengar anda.

    Untuk nyahsenyapkan diri anda sendiri, klik butang Senyap sekali lagi.

  • Tukar kelantangan mikrofon anda: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bunyi dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke Output & Input di sebelah kanan, klik Input, kemudian seret gelangsar “Kelantangan input”.

    Buka seting Bunyi untuk saya

  • Tukar kelantangan yang anda dengar: Klik butang Kawalan bunyi dalam bar menu atau Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kelantangan. Lihat Naikkan atau turunkan kelantangan Mac anda.

Tapis bunyi latar belakang

Apabila anda mahu suara anda didengar dengan jelas pada panggilan FaceTime, anda boleh mengaktifkan Pengasingan Suara (tersedia pada model Mac tahun 2018 dan lebih baharu). Pengasingan Suara mengutamakan suara anda pada panggilan FaceTime dan sekat bunyi ambien.

  • Gunakan Pengasingan Suara semasa panggilan video: Klik butang Video dalam bar menu, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Mod Mik, kemudian pilih Pengasingan Suara.

  • Gunakan Pengasingan Suara semasa panggilan audio: Klik butang Audio dalam bar menu, kemudian pilih Pengasingan Suara.

Sertakan bunyi di sekeliling anda

Apabila anda mahu suara anda dan semua bunyi di sekeliling anda didengar pada panggilan FaceTime, anda boleh mengaktifkan Spektrum Lebar (tersedia pada model Mac tahun 2018 dan lebih baharu). Lakukan mana-mana yang berikut:

  • Gunakan Spektrum Lebar semasa panggilan video: Klik butang Video dalam bar menu, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Mod Mik, kemudian pilih Spektrum Lebar.

  • Gunakan Spektrum Lebar semasa panggilan audio: Klik butang Audio dalam bar menu, kemudian pilih Spektrum Lebar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.