Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi skrin anda dalam FaceTime pada Mac

Semasa panggilan video atau panggilan audio FaceTime, anda boleh menggunakan perkongsian skrin untuk melihat album foto, mendapatkan maklum balas tentang sesuatu yang anda usahakan dan banyak lagi.

Buka FaceTime untuk saya

Mula berkongsi skrin atau tetingkap

  1. Semasa dalam panggilan FaceTime pada Mac anda, buka app yang anda mahu kongsikan dalam panggilan.

  2. Klik butang Video dalam bar menu, kemudian klik butang Kongsi Skrin.

  3. Lakukan satu daripada berikut:

    • Kongsi keseluruhan skrin: Klik Kongsi Keseluruhan Skrin.

    • Kongsi tetingkap: Gerakkan penuding ke atas tetingkap daripada app yang anda mahu kongsi, kemudian klik Kongsi Tetingkap Ini.

    • Kongsi semua tetingkap untuk app: Gerakkan penuding ke tetingkap yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Kongsi Semua Tetingkap [App].

Petua: Anda juga boleh mula berkongsi daripada tetingkap app. Klik dan tahan butang Maksimumkan dalam tetingkap yang anda mahu kongsi, kemudian pilih Kongsi Tetingkap dengan [peserta] atau Kongsi [App] dengan [peserta].

Kongsi tetingkap tambahan

  1. Semasa berkongsi satu atau lebih tetingkap dalam panggilan FaceTime pada Mac anda, klik butang Perkongsian Skrin dalam bar menu.

  2. Klik Tambah Tetingkap, gerakkan penuding ke tetingkap yang anda mahu kongsikan, kemudian klik Kongsi Tetingkap Ini.

    Ulang langkah ini untuk berkongsi tetingkap lain.

    Anda juga boleh pergi ke tetingkap yang anda mahu kongsi, klik dan tahan butang Maksimumkan, kemudian klik Kongsi Tetingkap dengan [peserta].

Gantikan perkara yang anda kongsi

Semasa berkongsi satu atau lebih tetingkap dalam panggilan FaceTime pada Mac anda, klik butang Maksimumkan, kemudian klik Gantikan Perkongsian [peserta] dengan Tetingkap ini.

Berhenti berkongsi tetingkap

Klik butang Perkongsian Skrin dalam tetingkap yang anda mahu berhenti berkongsi, kemudian klik Berhenti Berkongsi Tetingkap dengan [peserta].

Jika anda berkongsi berbilang tetingkap, anda juga boleh mengklik butang Perkongsian Skrin dalam bar menu, klik Sedang Berkongsi, kemudian klik butang Tolak di atas tetingkap yang anda mahu berhenti berkongsi.

Berhenti berkongsi skrin anda

Klik butang Perkongsian Skrin dalam bar menu, kemudian klik butang Henti Berkongsi. Menamatkan panggilan FaceTime juga menamatkan perkongsian skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.