Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mulakan atau sertai panggilan daripada pautan FaceTime

Anda boleh mencipta pautan untuk panggilan FaceTime pada Mac anda dan kemudian berkongsi pautan dengan sesiapa sahaja yang anda mahu sertai panggilan. Untuk menggunakan pautan FaceTime, peranti mestilah memenuhi keperluan ini.

Cipta dan kongsi pautan FaceTime

  1. Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.

  2. Lakukan satu daripada berikut:

    • Cipta pautan ke panggilan FaceTime baharu: Klik Baharu, kemudian klik Cipta Pautan.

    • Cipta pautan ke panggilan FaceTime semasa: Di bahagian atas tetingkap, klik maklumat panggilan (sama ada bilangan orang dalam panggilan atau maklumat hubungan), kemudian klik Kongsi Pautan.

    • Kongsi pautan FaceTime sedia ada: Klik jubin dengan pautan FaceTime yang anda mahu kongsi, kemudian klik Kongsi Pautan.

  3. Pilih cara anda mahu berkongsi pautan.

Sertai panggilan daripada pautan

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Daripada app FaceTime: Klik jubin dengan pautan FaceTime, klik Sertai FaceTime, kemudian klik Sertai.

  • Daripada app Mesej: Klik Sertai, kemudian klik Sertai dalam app FaceTime .

Jika anda mencipta pautan, panggilan bermula apabila anda menyertai.

Nota: Orang yang menggunakan peranti Android atau Windows boleh menyertai panggilan di web. Lihat artikel Sokongan Apple Sertai panggilan FaceTime daripada peranti Android atau Windows.

Urus pemanggil

Anda boleh mengurus pemanggil jika anda mencipta pautan FaceTime. Anda juga boleh mengurus pemanggil jika anda menggunakan peranti Apple dan telah berada dalam panggilan selama sekurang-kurangnya 30 saat.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Biarkan seseorang menyertai panggilan: Klik pemberitahuan menunggu di bahagian atas skrin, kemudian klik butang Luluskan Permintaan Menyertai.

  • Tolak permintaan pemanggil untuk menyertai: Klik pemberitahuan menunggu di bahagian atas skrin, kemudian klik butang Tolak Permintaan Menyertai.

  • Keluarkan pemanggil: Di bahagian atas tetingkap, klik maklumat panggilan (sama ada bilangan orang dalam panggilan atau maklumat hubungan), kemudian klik butang Keluarkan. Anda boleh mengeluarkan pemanggil yang telah berada dalam panggilan selama 30 saat atau kurang. Selepas anda mengeluarkan pemanggil, mereka tidak boleh menyertai panggilan itu lagi.

Padam pautan FaceTime

  1. Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.

  2. Klik jubin dengan pautan FaceTime yang anda mahu padamkan, kemudian klik Padam Pautan. Jika anda memadamkan pautan yang anda cipta, tiada sesiapa boleh menyertai panggilan daripadanya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.