Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime pada Mac

Semasa anda dalam panggilan video, anda boleh mengaktifkan Kapsyen Langsung untuk menjadikan perbualan ditranskripsikan pada skrin. Semua audio diproses pada Mac anda.

Nota: Kapsyen Langsung hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa, negara atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza dan tidak seharusnya diharapkan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan. Kapsyen Langsung menggunakan kuasa tambahan.

Buka FaceTime untuk saya

  1. Semasa panggilan video FaceTime, klik butang Lagi.

    Jika anda tidak melihat butang Lagi, gerakkan penuding ke atas tetingkap FaceTime.

  2. Klik Kapsyen Langsung.

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda juga boleh menggunakan Terjemahan Langsung untuk melihat perkataan peserta lain diterjemahkan ke dalam bahasa anda. Lihat Terjemahkan mesej dan panggilan.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.