Seting pengurusan peranti WEP, WPA, WPA2, WPA2/WPA3 untuk peranti Apple

Anda boleh mengkonfigurasikan seting WEP, WPA, WPA2 dan WPA2/WPA3 Peribadi untuk peranti Apple yang mendaftar dalam perkhidmatan pengurusan peranti. Seting berikut adalah untuk Privasi Bersamaan Berwayar (WEP) dan Peribadi Akses Dilindungi Wi-Fi (WPA, WPA2, WPA2 dan WAP3 Peribadi).

Anda boleh menggunakan seting dalam jadual di bawah dengan muat beban Wi-Fi atau Ethernet.

Seting

Perihalan

Diperlukan

Kata Laluan

WEP memerlukan kata laluan untuk menyertai rangkaian wayarles.

Pengguna boleh memasukkan kata laluan untuk menyertai rangkaian wayarles, jika perlu. Jika ini dibiarkan kosong dan rangkaian memerlukan kata laluan, pengguna diminta untuk memasukkannya kali pertama sambungan diwujudkan. Pilihan kata laluan pra sambungan menghalang cache kata laluan pengguna.

Tidak

Nota: Setiap pembangun perkhidmatan pengurusan peranti melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara pelbagai seting protokol WEP, WPA, WPA2 dan WPA2/WPA3 Peribadi digunakan pada peranti anda, rujuk dokumentasi perkhidmatan pengurusan peranti pembangun anda.

Tarikh Diterbitkan: 24 Oktober 2022
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.