Rancang penghijrahan pengurusan peranti anda

Perkhidmatan pengurusan peranti ialah komponen yang penting untuk mengurus dan melindungi peranti Apple dari jauh. Peranti yang dimiliki organisasi boleh didaftarkan secara automatik dalam perkhidmatan pengurusan peranti sebagai sebahagian daripada proses Pembantu Persediaan selepas mengeluarkan peranti dari kotak, menghidupkannya dan menyambungkannya ke rangkaian. Pendaftaran semula peranti yang dimiliki organisasi dalam perkhidmatan pengurusan peranti lain pada masa ini memerlukan pemadaman penuh peranti atau proses manual yang rumit.

Organisasi mungkin mempunyai keperluan untuk mendaftarkan semula peranti dalam perkhidmatan pengurusan peranti untuk banyak sebab, seperti:

  • Bertukar daripada perkhidmatan pengurusan peranti pada premis kepada perkhidmatan berdasarkan awan.

  • Memindahkan peranti ke perkhidmatan pengurusan peranti tunggal semasa memperoleh syarikat lain.

  • Berhijrah daripada satu perkhidmatan pengurusan peranti kepada perkhidmatan daripada pembangun berbeza.

Peringkat Penghijrahan

Penghijrahan termasuk peringkat berikut:

  • Mendokumentasikan persekitaran perkhidmatan pengurusan peranti semasa dan kebergantungannya

  • Pengumpulan sebarang sijil, nama pengguna dan kata laluan yang diperlukan

  • Menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengurusan peranti baharu dan mengkonfigurasikannya untuk berfungsi dengan perkhidmatan Apple

  • Mencipta semula profil pendaftaran dan semua profil serta muat beban konfigurasi

  • Menguji penghijrahan pada pelbagai jenis peranti

  • Memulakan penghijrahan terurus IT, berdasarkan pengguna, atau kombo

Kumpul maklumat yang anda perlukan

Penghijrahan daripada satu perkhidmatan pengurusan peranti (tanpa mengira kaedah pendaftaran) ke penyelesaian yang lain biasanya melibatkan sijil, token dan interaksi serta integrasi dengan perkhidmatan Apple lain, seperti perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple (APN), Apple School Manager dan Apple Business. Pastikan anda mengumpul maklumat ini sebelum anda menghijrahkan sebarang peranti.

Libatkan pasukan yang anda perlukan

Dalam sesetengah kes, lebih daripada satu orang menyertai dalam mengurus peranti Apple menggunakan perkhidmatan pengurusan peranti dalam organisasi anda. Ini mungkin melibatkan pasukan berikut:

  • Pengurusan perkhidmatan Apple: Pengguna dengan keizinan yang betul dalam Apple School Manager atau Apple Business dan akses kepada perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple (APN).

  • Keselamatan: Sijil (termasuk sijil APN) dan konfigurasi identiti.

  • Rangkaian: Kelayakan Wi-Fi, mengurus firewall organisasi.

  • Penyebaran app: Ini mungkin termasuk app proprietari dalaman, app terurus, App Tersuai, app tidak disenaraikan dan Pengurus Kandungan.

  • Sokongan pengguna dan dokumentasi: Pusat panggilan, meja bantuan dan dokumentasi untuk pekerja dan pengguna akhir.

Tarikh Diterbitkan: 21 April 2022
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.