Seting muat beban pengurusan peranti Keutamaan Sijil untuk peranti Apple

Anda boleh mengkonfigurasikan seting Keutamaan Sijil untuk pengguna Mac yang didaftarkan dalam perkhidmatan pengurusan peranti. Gunakan muat beban Sijil untuk menambah sijil dan identiti ke peranti.

Muat beban Keutamaan Sijil menyokong yang berikut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Maklumat muat beban.

  • Pengecam muat beban disokong: com.apple.security.certificatepreference

  • Sistem pengendalian dan saluran yang disokong: Pengguna macOS.

  • Kaedah pendaftaran disokong: Pendaftaran Pengguna, Pendaftaran Peranti.

  • Duplikasi dibenarkan: Benar—lebih daripada satu muat beban Keutamaan Sijil boleh dihantar kepada pengguna.

Anda boleh menggunakan seting dalam jadual di bawah dengan muat beban Keutamaan Sijil.

Seting

Perihalan

Diperlukan

Nama sijil

Nama paparan untuk sijil.

Ya

UUID Sijil

UUID muat beban Sijil dalam profil konfigurasi yang sama.

Ya

Nota: Setiap pembangun perkhidmatan pengurusan peranti melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara pelbagai seting Keutamaan Sijil digunakan pada peranti anda, rujuk dokumentasi perkhidmatan pengurusan peranti pembangun anda.

Tarikh Diterbitkan: 24 Oktober 2022
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.