Pengehadan pengurusan peranti untuk peranti Apple Watch

Anda boleh mengesetkan pengehadan untuk peranti Apple Watch yang didaftarkan dalam perkhidmatan pengurusan peranti. Keadaan lalai untuk semua pengehadan yang disenaraikan di bawah adalah aktif melainkan perkataan “Lalai adalah tidak aktif” berada dalam lajur Kefungsian Pengehadan. Apple Watch perlu diselia untuk membenarkan pengurusan peranti.

Nota: Bukan semua pengehadan tersedia dalam semua perkhidmatan pengurusan peranti dan perkhidmatan mempunyai keupayaan untuk menukar keadaan lalai bagi sebarang pengehadan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan pengehadan pengurusan peranti untuk peranti anda, rujuk dokumentasi perkhidmatan pengurusan peranti pembangun anda.

Seting

Sistem pengendalian disokong minimum

Kefungsian pengehadan

Pasang app

watchOS 10

App Store tidak tersedia dan ikonnya tidak kelihatan pada Skrin Utama. Pengguna tidak boleh memasang atau mengemas kini app.

Perintah app masih tersedia untuk digunakan.

Nota: Jika app sistem watchOS asli dikeluarkan, ia boleh dipasangkan semula.

Pasangkan app menggunakan App Store

watchOS 10

App Store tidak tersedia dan ikonnya tidak kelihatan pada Skrin Utama. Pengguna tidak boleh memasang atau mengemas kini app.

Perintah app masih tersedia untuk digunakan.

Keluarkan app

watchOS 10

Pengguna tidak boleh mengeluarkan app dipasang.

Muat turun app automatik

watchOS 10

App Store tidak akan memuat turun app secara automatik.

Kandungan yang dijana pengguna dalam Siri

watchOS 10

Siri tidak boleh mengakses kandungan daripada sumber yang membenarkan kandungan yang dijana pengguna, seperti Wikipedia.

Ubah suai seting akaun

watchOS 10

Pengguna tidak boleh mencipta akaun baharu atau menukar nama pengguna, kata laluan atau seting lain yang dikaitkan dengan akaun mereka.

Paksa perencanaan pada peranti sahaja

watchOS 10

Menghalang kandungan direncanakan daripada dihantar ke pelayan Siri untuk pemprosesan.

Lalai tidak aktif.

Tarikh Diterbitkan: 25 Oktober 2023
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.