Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan pada Apple Watch

App boleh menghantar pemberitahuan untuk kekal memberitahu anda—jemputan, mesyuarat, mesej, isyarat bunyi dan peringatan Aktiviti hanyalah beberapa contoh. Apple Watch anda boleh memaparkan pemberitahuan apabila ia kelihatan, tetapi jika anda tidak membacanya sekarang, pemberitahuan disimpan supaya anda boleh semaknya kemudian.

AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch.

Bertindak balas pada pemberitahuan apabila ia kelihatan

  1. Jika anda mendengar atau merasa pemberitahuan, angkat pergelangan anda untuk melihatnya.

  2. Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah pemberitahuan, kemudian ketik satu butang di sana.

    Anda juga boleh ketik ikon app dalam pemberitahuan untuk membuka app berkenaan.

  3. Untuk mengosongkan pemberitahuan, leret ke bawah padanya. Atau skrol ke bawah pada pemberitahuan, kemudian ketik Tutup.

    Apple Watch menunjukkan pemberitahuan Bunyi. Ikon untuk app yang berkaitan pemberitahuan kelihatan di bahagian kiri atas. Anda boleh ketiknya untuk membuka app tersebut.

Lihat pemberitahuan yang anda belum bertindak balas terhadapnya

Jika anda tidak membalas pemberitahuan apabila ia tiba, ia disimpan dalam Pusat Pemberitahuan. Titik merah di bahagian atas muka jam anda menunjukkan anda mempunyai pemberitahuan yang belum dibaca. Untuk melihatnya, ikuti langkah ini:

  1. Daripada muka jam, leret ke bawah untuk membuka Pusat Pemberitahuan. Dari skrin lain, sentuh dan tahan bahagian atas skrin, kemudian leret ke bawah.

    Nota: Anda tidak boleh membuka Pusat Pemberitahuan apabila melihat Skrin Utama pada Apple Watch anda. Sebaliknya, tekan Digital Crown untuk pergi ke muka jam atau buka app, kemudian buka Pusat Pemberitahuan.

  2. Leret atas atau bawah atau putarkan Digital Crown untuk menskrol senarai pemberitahuan.

  3. Ketik pemberitahuan untuk membaca atau bertindak balas terhadapnya.

Untuk mengosongkan pemberitahuan daripada Pusat Pemberitahuan tanpa membacanya, leret ke kiri, kemudian ketik X. Untuk mengosongkan semua pemberitahuan, skrol ke atas skrin, kemudian ketik Kosongkan Semua.

Jika anda menggunakan kumpulan pemberitahuan, ketik kumpulan untuk membukanya, kemudian ketik pemberitahuan.

Petua: Untuk mengelakkan titik merah daripada kelihatan pada muka jam, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Pemberitahuan, kemudian nyahaktifkan Penunjuk Pemberitahuan.

Titik merah kelihatan di bahagian tengah atas muka jam apabila anda mempunyai pemberitahuan belum dibaca.

Senyapkan semua pemberitahuan pada Apple Watch

Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang mod senyap.

Anda akan tetap merasa ketikan apabila pemberitahuan tiba. Untuk mengelakkan bunyi dan ketikan, ikut langkah ini:

  1. Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.

  2. Ketik butang Jangan Ganggu atau Fokus yang aktif.

  3. Ketik Jangan Ganggu, kemudian pilih pilihan—Aktif, Aktif untuk 1 jam, Aktif sehingga malam ini/Aktif sehingga pagi esok, atau Aktif sehingga saya bertolak.

Petua: Apabila anda menerima pemberitahuan, anda boleh menyenyapkan Apple Watch anda dengan cepat dengan meletakkan tapak tangan anda pada paparan jam selama sekurang-kurangnya tiga saat. Anda akan merasa ketikan untuk mengesahkan senyap diaktifkan. Pastikan anda mengaktifkan Tutup untuk Senyap—buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan Tutup untuk Senyap.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.