Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buka app pada Apple Watch

Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch anda. Dock memberikan anda akses cepat kepada app yang anda paling kerap gunakan. Anda boleh menambah sehingga 10 app ke Dock untuk akses mudah kepada app kegemaran anda.

Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai

Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Untuk memilih satu, ikuti langkah ini:

  1. Sentuh dan tahan Skrin Utama.

  2. Pilih Paparan Grid atau Paparan Senarai.

Skrin Pilihan Paparan menunjukkan butang Paparan Grid dan Paparan Senarai. Butang Edit App kelihatan di bahagian bawah skrin.

Buka app daripada Skrin Utama

Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.

  • Paparan grid: Ketik ikon app. Jika anda sedang melihat Skrin Utama, anda boleh memutar Digital Crown untuk membuka app yang berada di tengah paparan.

    Skrin Utama dalam paparan grid pada Apple Watch, dengan app dalam kelompok. Ketik app untuk membukanya. Seret untuk melihat lebih banyak app.
  • Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.

    Skrin utama dalam paparan senarai pada Apple Watch, dengan app dalam senarai. Ketik app untuk membukanya. Skrol untuk melihat lebih banyak app.

Untuk kembali ke Skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam (atau, dalam paparan grid, ketik ikon jam pada Skrin Utama).

Untuk membuka app terakhir yang anda gunakan dengan cepat semasa melihat app lain atau muka jam, dwiklik Digital Crown.

Buka app daripada Dock

  1. Tekan butang sisi, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi app dalam Dock.

  2. Ketik app untuk membukanya.

Dok menunjukkan app Kalendar dengan butang Semua App di bawah. Putar Digital Crown untuk melihat lebih banyak app. Ketik satu untuk membukanya.

Pilih app yang kelihatan dalam Dock

Anda boleh pilih untuk menunjukkan app terbaharu digunakan dalam Dock atau sehingga 10 app kegemaran anda.

  • Lihat app terbaharu digunakan: Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Dock, kemudian ketik Terbaharu. App digunakan baru-baru ini kelihatan di bahagian atas Dock dengan app lain di bawah, dalam tertib terakhir app dibuka.

    Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Dock, kemudian ketik Terbaharu.

  • Lihat app kegemaran anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Dock. Pilih Kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik butang Tambah bersebelahan app yang anda mahu tambah. Seret ikon Susun Semula untuk menukar tertibnya.

  • Keluarkan app daripada Dock: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.

    Dok selepas anda leret ke kiri pada app, dengan butang X di bahagian kanan.
  • Bertukar daripada Dock kepada Skrin Utama: Skrol ke bahagian bawah Dock, kemudian ketik Semua App.

Petua: Anda juga boleh menambah app yang selalu anda gunakan sebagai komplikasi ke muka jam. Lihat Sesuaikan muka jam.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.