Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Padam Apple Watch

Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu memadamkan Apple Watch anda—contohnya jika anda terlupa kod laluan anda.

Padam Apple Watch dan seting

  1. Buka app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Pergi ke Umum > Reset, kemudian ketik Padam Semua Kandungan dan Seting, kemudian masukkan kod laluan anda.

    Jika anda mempunyai Apple Watch dengan pelan selular, anda ditawarkan dua pilihan—Padam Semua dan Padam Semua & Simpan Pelan. Untuk memadam Apple Watch anda sepenuhnya, pilih Padam Semua. Jika anda mahu memadam dan kemudian memulihkannya dengan pelan selular anda tersedia, pilih Padam Semua & Simpan Pelan.

Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Reset, kemudian ketik Padam Kandungan dan Seting Apple Watch.

Jika anda tidak boleh mengakses app Seting pada Apple Watch anda kerana anda terlupa kod laluan anda, letakkan Apple Watch anda pada pengecasnya, kemudian tekan dan tahan butang sisi sehingga anda melihat Matikan Kuasa. Tekan dan tahan Digital Crown, kemudian ketik Reset.

Selepas reset selesai dan Apple Watch anda mula semula, anda perlu memasangkan Apple Watch anda dengan iPhone anda semula—buka app Apple Watch pada iPhone anda, kemudian ikuti arahan yang ditunjukkan pada iPhone dan Apple Watch anda.

Keluarkan pelan selular anda

Jika anda mempunyai Apple Watch dengan selular, anda boleh mengeluarkan pelan selular pada bila-bila masa.

  1. Buka app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, ketik Selular, kemudian ketik butang Info bersebelahan pelan selular anda.

  3. Ketik Keluarkan Pelan [nama pembawa], kemudian sahkan pilihan anda.

    Anda mungkin perlu menghubungi pembawa anda untuk mengeluarkan Apple Watch ini daripada pelan anda.

Muat turun panduan ini: Apple Books

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.