Standard teknikal yang disokong dalam Pintasan pada Mac

Pintasan menyokong format standard yang biasa digunakan untuk tujuan yang lebih teknikal, seperti ISO 8601 dan RFC 2822:

  • ISO 8601: Bahagian tarikh mengikut format DD-MM-YYYY, yang dipaparkan sebagai 01-06-2017. Jika masa ISO disertakan, masa dan zon waktu ditambah ke tarikh selepas penanda T, dipaparkan sebagai 01-06-2016-T14:41:36-08:00.

    Nota: Format ISO 8601 membantu untuk menyusun tarikh—senarai tarikh ISO 8601 dipaparkan dalam urutan kronologi semasa fail diisih mengikut abjad daripada A-Z.

  • RFC 2822: Format Mesej Internet yang digunakan untuk mewakili tarikh dan masa secara seragam, termasuk dalam pengepala HTTP dan e-mel. RFC 2822 menyertakan hari dalam minggu yang dipendekkan, tarikh angka, singkatan tiga huruf bulan, tahun, masa dan zon waktu yang dipaparkan seperti 01 Jun 2016 14:31:46 -0700.

    Nota: RFC 2282 jarang digunakan di luar Internet—jika anda tidak tahu tentangnya, anda berkemungkinan besar tidak memerlukannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat https://tools.ietf.org/html/rfc2822.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.