Jalankan pintasan daripada app Pintasan pada Mac

Apabila anda membuka Pintasan, koleksi pintasan anda muncul, menyenaraikan semua pintasan yang anda telah cipta atau tambahkan daripada Galeri. Anda boleh menjalankan sebarang pintasan ini.

Jalankan pintasan daripada app Pintasan

Dalam app Pintasan pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut:

  • Dalam tetingkap Pintasan utama, alihkan penuding ke atas pintasan, kemudian klik .

  • Dwiklik pintasan yang anda mahu jalankan, kemudian di bahagian atas editor pintasan yang kelihatan (menunjukkan semua tindakan dalam pintasan), klik .

  • Control-klik ikon Pintasan dalam Dock, kemudian pilih pintasan daripada menu Jalankan Pintasan.

Pintasan melaksanakan setiap tindakan secara berturutan (dari atas ke bawah seperti yang disenaraikan dalam editor pintasan).

Jika tindakan memerlukan data tambahan, dialog kelihatan dan meminta input. Jika tindakan memerlukan data peribadi daripada peranti anda, dialog meminta keizinan untuk menggunakan data anda.

Jika tindakan terakhir dalam jujukan menghasilkan pratonton kaya (seperti imej atau lokasi peta), tetingkap pratonton kecil muncul di bawah pintasan. Klik  untuk melihat kandungan dalam skrin penuh, atau klik  untuk menghantarnya ke tempat lain.

Batalkan pintasan

Anda boleh menghentikan pintasan semasa ia berjalan.

Untuk membatalkan pintasan, klik .

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.