Gunakan x-callback-url dengan Pintasan pada Mac

Pintasan menyokong x-callback-url, membenarkan app pemanggil menerima balasan (panggil balik) apabila interaksi tertentu dilengkapkan. Anda boleh mengimport dan menjalankan pintasan daripada x-callback-url menggunakan parameter yang sama yang dibincangkan dalam Jalankan pintasan menggunakan skema URL pada Mac. Sebagai contoh:

shortcuts://x-callback-url/run-shortcut?name=Calculate%20Tip&input=text&text=24.99&x-success=...&x-cancel=...

Mengikut standard x-callback-url parameter tambahan berikut boleh diberikan:

  • x-success (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi berjaya—contohnya selepas pintasan diimport atau selesai dijalankan. Jika pintasan dijalankan, parameter bernama result ditambah ke URL dan mengandungi output teks pintasan.

  • x-cancel (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi dibatalkan oleh pengguna.

  • x-error (pilihan): URL yang dibuka apabila interaksi gagal kerana ralat berlaku. Parameter bernama errorMessage ditambah ke URL dan mengandungi perihalan ralat.

Dengan x-success, anda boleh memberikan URL yang dibuka selepas pintasan selesai dijalankan dengan berjaya. Ini boleh digunakan dengan senarai semak tugas berbilang langkah, yang anda membuka x-callback-url untuk menjalankan pintasan, kembali ke senarai dan beralih ke tugas seterusnya melalui URL.

Dengan x-cancel, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan berhenti sebelum ia selesai dijalankan. Disebabkan pintasan tidak selesai, tiada output disediakan daripada pintasan.

Dengan x-error, anda boleh memberikan URL kontigensi untuk dilancarkan jika pintasan mengalami ralat semasa dijalankan dan gagal diselesaikan. Dalam kes ini, anda boleh mulakan dengan URL berbeza untuk menangani isu tersebut.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.