Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Format tarikh tersuai dalam Pintasan pada iPhone atau iPad

Walaupun dengan banyak pilihan pemformatan tarikh pratakrif, anda mungkin mahu mencipta format spesifik untuk keperluan anda. Anda boleh mencipta format tarikh tersuai dengan memilih Tersuai dalam tindakan Formatkan Tarikh. Medan teks Formatkan Rentetan tambahan dipaparkan, yang membenarkan anda untuk memasukkan rentetan format yang terdiri daripada corak aksara khas.

Nota: Untuk rentetan format tersuai, Pintasan menggunakan corak yang ditakrifkan oleh Standard Teknikal Unicode #35. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Corak Format Tarikh.

Jadual berikut menyenaraikan ringkasan contoh rentetan format dan hasilnya.

Corak

Hasil

yyyy.MM.dd G 'at' HH:mm:ss zzz

1996.07.10 AD pada 15:08:56 PDT

EEEE, d MMM ''yy

Rab, 10 Julai '96

h:mm a

12:08 PTG

hh 'o''clock' a, zzzz

Pukul 12 PTG, Waktu Siang Pasifik

K:mm a, z

0:00 PTG, PST

Petua: Corak tersuai boleh termasuk aksara khas seperti . atau / antara aksara tarikh. Anda juga boleh menyertakan teks tersuai dalam corak tersuai dengan meletakkan petikan tunggal di sekeliling rentetan (lihat perkataan 'at' dalam entri jadual pertama di atas).

Anda boleh melihat set lengkap aksara format tarikh tersuai dalam Jadual Simbol Medan Tarikh yang disertakan dalam pintasan ini, atau anda boleh melihat standard Unicode #35 lengkap.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.